Followers (Mari Ikut Saya)

SELUAS ALAM TERBENTANG, SEJAUH CHAHAYE BERJALAN

Assalamualaikum dan hi guy,

Kadang-kala, aku tak faham, aku tak faham macam mana dunia yang hidup ini, terlalu fantasi untuk dirasai, terlalu pelik untuk realiti, terlalu luas dunia untuk aku jelajahi, terlalu sempit untuk aku selami, terlalu pandai untuk aku fahami, terlalu bodoh untuk aku ikuti, terlalu berat untuk aku pikul, terlalu ringgan untuk dipandang, terlalu kosong di dalam banyak, terlalu banyak di dalam kosong, terlalu sunyi di dalam ramai, terlalu binggar di dalam percakapan, terlalu laju untuk dikejar, terlalu perlahan untuk dinantikan, terlalu tinggi untuk dikecapi, terlalu rendah untuk di duduki. Aku rasa hilang arah, tak tahu hendak ke mana dan tiada impian untuk aku kecapi lagi.

KETUA CHAHAYE

Assalamualaikum & hi guy,

Bertemu lagi dalam entry kali nie, aku ader entry yang lain sebenarnya, aku rase tak nak post kan nya lagi. Better, kongsi pengalaman yang nie dulu. Hanya untuk tinggal-tinggalkan pesan.

Actually, aku teringat satu peristiwa yang mana abang aku cerita pasal satu keluarga terkena perbuatan sihir. Katanya orang dengki dengan dia (husband a.k.a ketua keluarga) dan yang terkena sihir anak dan bini plak. Lelaki itu kata, takpa sihir tu bagi dekat dia jangan bagi dekat anak dan bini dia. Trust me, you don't want to do that. Kenapa? sebabnya kau tak tahu macam mana bebannya menghadapi benda alah nie. Antara logik dan tak logik, antara rasional dan tak rasional, antara dunia nyata dan sesuatu yang asing. Saiko dan terus membuat kita lemah. Jika benda alah tu dapat kalahkan ketua keluarga. Bermakna, the leader already fallen and family already taken down. Perpecahan, putus harapan, penceraian, seksaan mental dan fizikal bagi anak dan isteri dan lain-lain lagi. Lihatlah betapa dasyatnya syaitan hendak menyesatkan manusia. Habuan, syaitan dan jin yang hendak menyesatkan manusia sentiasa ada.

Jumpa lagi dalam entry seterusnya. Salam.

CHAHAYE TETAPI CHAHAYE HITAM

Assalamualaikum n hi guy,

Lama sangat dah tak tulis blog. Alasan, memang ada sebab disebaliknya.

Dalam hidup aku, aku pernah terlalu positif dan terlalu negatif. Itulah adalah satu kesilapan. Bila kita terlalu positif dekat diri kita dan terlalu negatif dekat diri kita. Badan kita nie umpama sebuah kereta, kalau ada bunyi pelik atau tetiba kereta kita bergoyang time bergerak. Mesti ada bahagian kereta yang rosak. Begitu juga dengan badan aku ini, sakit aku berulang-ulang dan bermacam-macam, tetapi aku terlalu positif dekat diri aku mengatakan aku nie just sakit-sakit biasa jer. Tapi sakit tetap berulang sakit. Tanpa aku sedari, aku dah menjadi sangat negatif, lemah semangat, putus harap dan longlai. Aku hempaskan semuanya bebanan yang pelik-pelik sampai kadang-kadang aku pun dah tak tahu timbang tara percakapan aku. Sehinggalah, Allah takdirkan seorang ustaz memberitahu kepada aku tentang sihir yang tak penah aku tahu dan mengenalinya. Dia menceritakan tanda-tanda sihir dan kisah Nabi Muhammad S.A.W pernah terkena sihir ketika hidupnya.

Sihir dan apa yang aku alami :

1. Sakit-sakit belakang.
Sakit-sakit belakang nie sampai sekarang pun aku terasa (aku belum lagi pulih). Dari tulang belakang dekat pinggang, belakang badan, dan tengkuk. Kadang-kadang sakit dekat rusuk. Sakit dekat belakang nie, rasa macam kene urut. Kalau kene urut bunyinya macam best, tapi kalau kene urut 24jam dah tentu tak selesa. Sakit dan penat dibuatnya, tensen dah tentu ada, kadang-kadang benda nie lah buat rasa nak marah jer. Mangsa orang sekeliling. Dulu aku penah rasa macam kene cekik jer dan sakit dada, time tu tak tahu apa, just cakap pada diri positifkan diri dan nie hanya perasaan sahaja. Paling best dada aku penah lebam, tak sangka plak aku rasa kene cakar tu akhirnya memberi kesan lebam di situ. Marah betul nampaknya menantang nie kan. Satu soalan. Kenapa kena sihir akan sakit belakang, pinggang dan tengkuk.?Jawapan dari pandangan dan pengalaman yang aku sendiri, jawapanya senang jer, bila kita rasa sakit dekat bahagian belakang, benda yang paling kita nak buat adalah hendak terbaring. Terbaring macam orang malas dari mata padangan orang biasa, tahan sakit bagi orang yang terkena sihir. Settle kerja syaitan, satu manusia dah down. Pada hari raya yang lalu, aku tahankan diri tuk tak nak baring sebab ramai sedara datang dekat kampung aku. Kalau aku duk baring jer, susahlah aku nak menjawabnya plak, apa nak buat tahan jer la. Berpeluh-peluh dan aku basuh muka bagi nampak okay, tapi ada juga sedara aku tanya tak sihat ker?aku kuatkan diri jawap sihat cuma batuk-batuk skit jer ( tak kena langsung jawapan aku bagi hahaha). Jawapan yang kedua adalah kenapa serang bahagian-bahagian berikut adalah kerana bila kita sembahyang memang akan terasa sakit (dalam pergerakkan sembahyang). Penah time teruk, mengigil-gigil aku rukuk dan sujud. Bila dah sembahyang pun dah rasa sakit, mula rasa malas nak sembahyang. Misi syaitan tercapai. Sebab itu juga, syaitan dan jin beria-ria hendak menolong orang yang melakukan sihir. Kerjanya adalah hendak menyesatkan manusia si anak cucu cicit anak adam nie.

2. Tidur malam ada jer bendanya.
Serius aku paling malas dan takut bila malam nak datang, takut rasanya nak tido. Bila tidur adalah benda-bendanya, macam-macam, dah macam astro. Tikus hitam la, makhluk besar la, lembaga apa ntah, main cakar-cakar kat kaki la, ajak bersembang la, jadi ustaz nak mengubat aku la (tapi muka jer macam manusia tapi perangai...) macam-macam la. Tidur comfirm akan terjaga tengah malam punya. Banyak lagi sebenarnya, kalau cita aku pun jadi seram, kalau fikirkan lagi boleh jadi gila. Ada satu ketika aku tensen sangat, aku gaduh ngan mahkluk lahanat nie (ader cite tapi nanti la next entry), aku mencarut-carut kat makhluk tuhan nie sampai terjaga. Mostly, aku akan melawan benda alah nie sebab aku malas kalau diikutkan sangat, takut dia akan amik alih badan aku, bila aku dah lemah. Keadaan aku ketika selalu terjaga tengah malam adalah terperanjat, melompat pun ada. Kadang-kadang tu aku terjaga, aku pun tak tahu apa yang berlaku. Rasa time bangun pagi paling best, penat macam pergi berkebun.

3. Pening kepala.
Sakit bila berjaga (+) tambah penat dan tensen bila tidur (=) sama dengan sakit kepala. Setiap hari macam nie, rasa nak mati (kan dah terkeluar, saje aku tak nak padam, misi syaitan dah berjaya) tula yang mereka hendakkan. Aku memang dah rasa longlai. Payah betul nak tulis entry nie, duk tahan sakit ngan sasau lagi.

Actually, banyak lagi yang aku alami tapi aku nak stop sampai sini dulu. Aku nak bagi entry nie ringkas skit dan aku tau banyak lagi persoalan yang korg semua tertanya-tanya. Aku minta masa, nanti kalau aku terdaya, aku tulis lagi. Hanya tuhan saje tahu macam mana susahnya nak tulis entry nie dalam keadaan begini...

INSYALLAH ADA KUT CHAHAYE

Assalamualaikum n hi guy,

Insyallah, atau maknanya dalam bahasa melayu kita adalah dengan izin Allah. Insyallah dilafazkan apabila kita berjanji sesama manusia atas nama tuhan dan berusaha dengan bersunggu-sungguh untuk menunaikannya. For further information, click here.

Dalam masyarakat melayu yang mana aku dilahirkan. Penggunaan perkataan insyallah amatlah berbeza dari makna dan penggunaannya yang sepatutnya. Mungkin kerana berlakunya cross culture, yang mana perkataan berikut adalah di dalam bahasa arab dan kami masyarakat Islam di Malaysia rata-rata terdiri dari golongan berbangsa melayu.

Kebiasaan penggunaan perkataan insyallah di dalam masyarakat aku adalah apabila tiada kepastian di dalam melakukan sesuatu atau di dalam sesuatu perjanjian. Sebagai contoh, ketika zaman persekolahan aku dulu, cikgu memberi homework yang banyak untuk disiapkan dalam masa yang singkat. Lalu jawap kawan-kawan aku, "insyallah cikgu" dengan bermakna sesuatu yang tidak berada di dalam kepastian dengan memberi alasan itu hanya akan berlaku jika diizinkan Allah. Begitu juga, dalam kehidupan seharian yang lain. Jika seorang rakan ingin berjumpa dengan rakannya yang seorang lagi tu pada hujung minggu dan seorang rakan lagi berada di dalam tidak kepastian, jawapan yang selalu aku dengar adalah "insyallah, kalau aku free aku datang jumpa engkau, nanti aku roger balik" kalau kawan tu comfirm dia akan datang, biasa dia akan cakap "orait, aku datang ahad nie, dekat mid valley".

Person A : Doktor, sakit yang dekat kaki saya sakit nie, ada kaitan ker dengan penyakit yang dekat dada nie? dah lama sakit nie?

Doktor : Ada kemungkinan, penyakit nie boleh take the whole body. Kamu jangan tension2, nanti lagi teruk.

Person A : Boleh baik ker doktor?

Doktor : Insyallah.....

TIADA APA HANYA CHAHAYE

Assalamualaikum..hi guy,
Sebenarnya aku ada satu cite nak story tapi tak tahulah nak cita macam mana. Susah sangat nak mula, cita berkaitan antara hidup dan mati. Aku masih tercari-cari lagi, perkataan dan kata-kata yang paling sesuai dan yang terbaik untuk aku tulis kan dalam post aku. Jadi entry kali nie, tak ada isi. Just aku share satu dua lagu untuk memuaskan halwa telinga anda. Kalau tak best dan tidak memenuhi selera anda, ku pohon kemaafan.







Sesape yang minat tengok vampire diaries, bagi aku nie lah antara part paling best. Click Best





JAGA-JAGA DENGAN PANTULAN CHAHAYE TIRUAN

Assalamualaikum,

hi guy, arinie ada post baru. Post kali lebih kepada pemberian amaran.
Okay, 1st beware of acid splasher yang ada berkeliaran di lembah Klang. To be honest, aku pun tak paham kenapa dan apakah motif buat hal macam tu. Silap hari kalau dapat tangkap suspek utama yang buat kerja bukan-bukan tu comfirm tak hidup amanlah. Hahaha Apa-apa pun hati-hati dan sila bagi maklumat kepada pihak berkuasa jika anda maklumat tentang mereka yang terlibat, okay.

Yang ke-2 nya, beware of fake Rimza. Nie kes bukan main-main okay. Baru dua tiga hari lepas, adalah sorang awek comot-comot cute sorang nie tegur aku dekat chat box fb. Kebetulan plak, time tu aku on line, eceh-eceh nak jadikan cite kan. Tiba-tiba, dia mintak maap sebab tak dapat reply sms semalam sebab kehabisan credit. Eh, apahal awek comot-comot cute nie kan, bercinta ngan aku ke apa Hahaha. Pada mulanya aku ingat gurl nie salah hantar msg ke atau salah nak tegur orang dekat fb ker apa. Aku pun cakap la, salah orang nie kut. Then, dia pun cakap salah orang lah jugak kut. But after that, dia pun bukak lah story yang ada orang hantar sms dekat dia petang semalamnya mengaku as Rimza. Amboi-amboi, sedapnya ko guna nama aku kan. Kalau nak ngorat anak dara orang pun berani lah skit dari gunakan nama aku.

Yang aku peliknya, hensem sangat ke aku sampai ada orang nak fake kan diri aku nie. Apa motif?? Mungkin spesis acid splasher jugak kut hehehe Lepas nie aku tak tau la kan kalau ada fake profile fb, twitter dll ker yang guna gambar dan nama aku. Dekat bawah nie aku share kan skit print screen perbualan kami.





Okay, part yang paling best skali adalah... adalah...Tada!!!! aku rasa aku takda pun number dak perempuan nie dalam handset rusak aku nie. Tu dia paling best skali. Kalau dah aku sendiri tak ada number dia camna plak aku nak msg dia kan. Haish, macam-macam hal. Tapi takpa lah, yang penting aku nak tinggalkan pesan, berhati-hati dengan acid splasher dan fake Rimza. In case, jika ada sesape yang penah berlaku kes macam nie, atau akan berlaku dekat anda sila bagitau saya cepat-cepat. Jika kes berat dan melarat, marilah kita sama-sama buat laporan polis okay. Apa-apa hal, please bagitau aku dulu. Jangan tetiba polis angkut aku terus ke balai dah la kan. Hahaha
Last skali, buat awek comot-comot cute tu, kalau saya nak mengorat awak. Saya macho jer cakap terus, apa barang takut-takutkan hahaha (poyo seyh statement aku nie). Jumpa lagi dalam post akan datang. Assalamualaikum.

P/S : selain Rimza aku juga dikenali sebagai David Bechkam dan Justin Biebier Hahahaha Just Kidding! ;)

ADA CHAHAYE TAK ADA CHAHAYE ADA CHAHAYE TAK ADA CHAHAYE

Assalamualaikum,

Hi guys, post kali nak cite pasal sedih skit,
sorry cite sedih lagi.

Okay, kejadian nie berlaku dalam minggu lepas. Masa aku nak pergi kerja. Orait, macam biasa la, mood nak pergi kerja dekat tempat yang sangat tak selesa tu memang tak ada langsung.
Pengangkutan yang digunakan, tidak lain tidak bukan adalah pengangkutan awam dan aku duduk dekat bahagian belakang (kerusi sebelum bahagian belakang sekali).

Tiba-tiba, aku kedengaran bunyi hanset. Aku toleh belakang, tiada orang. Okay, aku toleh talipon aku, takkanlah berbunyi. Setahu aku, phone aku mane ada bunyi dan dah lama sangat rosak. Nak baiki memang tak mampu lah. Aku nie bukanlah tak ada hati nak ada handset mahal-mahal. Malahan, teringin sangat la nak ada android phone dari Sonny Ericson yang mahal gedabak dah nak sama harga dengan Ipad2.

Orait, sambung cite. Lepas dengar bunyi phone tu. Aku pun ingat orang sebelah-sebelah la kut. Tak pun orang dalam bas nie. Saper-saper la, jangan tanya aku. Tapi tak reti nak hangkat ke phone tu annoying la plak kan. Last-last, hati aku terdetik nak tengok dekat tempat duduk belakang. Tu dia, hanset LG sebijik.

Ntah macam mana, dalam aku dalam serabut kehidupan. Terdetik plak hati aku nak ambik handset tu, tuk dijual. Boleh juga cover duit mana yang tak cukup. Kalau tak jual pun, boleh jugakkan buat pakai. Dari aku pakai handset takde kaler dan dah tak berbunyi lagi nie. Baik aku pakai handset nie, lagi bergaya dan menawan hati-hati para wanita.

Pada masa yang sama jugak, hati aku terdetik. Takkanlah, aku sampai berharap sangat dengan barang yang aku jumpa, takat jumpa handset sepatutnya tak perlulah nak jual benda nie dan nak guna duit dari hasil jualannya untuk support plak kos kehidupan aku. Takkan lah!. Aku admit, kerja aku gaji takda lah cukup makan pun. Handset aku rosak, kenderaan pun dah takda. Tapi sepatutnya orang yang usia macam aku dah mampu tuk beli handset mahal guna duit poket sendiri. Bukan takat beli handset jer, malahan beli kenderaan sendiri pun. Aku rasa amat terhina time tu. Kenapalah hidup aku sampai macam nie sekali.

Tak tau nak cakap macam mana, dari aku hidup lagi bertambah hina dari keadaan sekarang nie. Baik aku pilih hidup yang hina jer dari yang lebih hina. Jadi aku pilih tuk pulangkan balik handset nie dekat owner dia. Aku angkat phone, dan suruh orang tu datang amik dekat pejabat tempat aku berkerja. End of the story.

A SECOND CHANCE OF LIFE "N" COME BACK WITH CHAHAYE

Assalamualaikum,

hi guys, quest what??my lappy back to life again. Honestly, i dunno how much time left for him. According to the shopkeeper, my lappy will not have much time before he will back to death again. Actually,there are no way to fix my lappy problem. The problem happened since my lappy born in factory. But I hope he will survive for long time coz i miss him so much.

Since, my lappy was death. I resemble myself a new pc. Instead, i do put my pc a same name as my lappy name. Now, the problem has come when my lappy back for his second life. Then, I need to rename my lappy name. How to setup home network if u have same computer with the same name, right. Suddenly, something across in my mind. I makes a decision to choose my lappy new name right after that ( wow, really fast did i think of something hehehe ) I choose "Rimzix".

In the nut shell, my lappy name is rimzix-pc and my pc name is rimza-pc. Okay guy, see ya in the next post. I feel very sleepy right now and very tire. bye bye.

P/S : i hope i can afford to buy an ipad2 to replace Rimzix before he will die again soon.


MORNING CHAHAYE LIKE SOUND WAVIN SONG

Assalamualaikum & hi,

Once again i would like to apologize for the previous pathetic post in my blog. I will try not to tell the pathetic story again. I think, quite for age that i didn't share song. In this post I would like to share with you guy, my favorite Teaddy Bear song. What!! There are no such song in this world yeeww.???
Hahaha the answer is yes. There are Teaddy Bear songs in this world. I think the famous Teaddy Bear song is sing by Elvis Presley.

Okay, here, i would like to introduce you with the Teaddy Bear Song ;)

1st Teaddy bear song, titled Teaddy Bear Song originally sing by Sandra (I believe hehehe)


Secondly, Teaddy Bear song is Teaddy Bears Picnic ;)


Last but not least, my favorite Teaddy Bear Song which sing by Elvis Presley ;)

I love to sing "I don't wanna be a tiger, Cause tigers play too rough, I don't wanna be a lion, Cause lions aint the kind,You love enoughhhh~" part ;)

I hope everybody enjoy the song that I shared. See ya again in next post, Insyallah. ;)



THE WIND CAN'T BLOW CHAHAYE

Assalamualaikum & hi,

It been for age that i didn't up date my blog. Very sorry for that. There a reason why i didn't up date my blog. Actually, there are no story that i want to tell the world except about my pathetic life. I think it quite boring anyway to tell the world about how you survive in this world or itz only happened to me.

Sometimes there are no proper explanation about what happened to me. I do not know either why this happened and itz seems non stop, now and then. Have ever you fell into sickness?? It is normal for normal people to fall into sickness, sometimes you will get caught in fever, cool, cough etc. But it quite different for me. I got sick over and over again. I do not know why this happened to me. Now i having problem where i fell bitter in my tongue. I don't feel want to eat anything or everything. Because of this matter, i have been struggle to deal with my gastric epic problem all this time.

Other than that, there are also some situation where i do not know how to explain. For me, i just has something to say "Hari ini mungkin aku lemah. Engkau hantarkan aku sengsara dan engkau ambil benda yang aku paling sayang. Ingat, kita boleh jumpa dekat padang masyhar nanti".

Sorry guy, another pathetic story of my life again. Next time, i will try to share with you something that fun or something are not pathetic again. See you in next entry. Thank you, Assalamualaikum.