Followers (Mari Ikut Saya)

SOAL PERJUANGAN AGAR CHAHAYE BERSINAR

Empat tahun skali, itu dia world cup..rasanya aku nie dah kene world cup fever..rindu ngan kawan-kawan yang lepak same2 tgk world cup..kongsi-kongsi maklumat tentang bola dan ilmu tentang bola..tapi world cup kali nie aku dekat shah alam..mencari kerja..

Tapi kisah tak kisah, yang penting world cup..pertama kali dibuat dekat benua afrika..semua pasukan hebat-hebat dan tak kurang misterinya pasukan korea utara..amboi2,sampai training pn xleh ader media..xpe,kita tengok apa hangpa nak buatkan..cakap pasal bola,baru-baru nie aku ditugaskan tuk scouting liga tempatan..nie la first time,omputeh bagi tugas dekat aku untuk scouting liga tempatan malaysia kita nie..bukan senang nak dapatkan kepercayaan dari diorg nie..dulu skit punya racist bila tau yang aku nie bukan dari kalangan diorg..sekarang alhamdulillah,diorg mintak tolong aku plak tuk scouting bola liga tempatan malaysia..sempat jugak aku tolong seorang dari indonesia, tuk jadi scouting liga indonesia..alhamdullilah, recommendation yg aku buat diorg dengar..walaupun aku baru je dilantik..tapi budak indonesia nie pn bukan calang-calang orang jugak..artikal dier penah keluar di dalam salah sebuah tabloid dekat negara beliau..




Apa-apa pun aku nak tengok macam mana berkerjasama dengan omputeh plak..yang penting pengalaman kan..lagipun dah lama aku berjuang untuk dapatkan acknowledgment mcm nie..eh eh korang semua dah dengar belum lagu tema world cup 2010..kene dengar, sebab lagu tema world cup kali nie salah satu yang special pasal world cup kali nie..

Korang tau ke ape yang special sangat dengan lagu tu..tuan rumah afrika selatan kali ini, sempat menyelitkan nilai-nilai murni iaitu tentang perjuangan apa yang mereka lalui dalam lagu tema diorg..kalau hayati betul-betul leh meleleh air mata dengar lagu nie..mereka jujur dalam berbicara soal perjuangan..diorg cakap apa yang diorg lalui dan diorg sampaikan pada dunia melalui peluang yang ada nie iaitu world cup..mana tak nya satu dunia tengah tumpu pada mereka..nie la time nya untuk bagitau dunia..tak perlu jaga hati siapa-siapa walaupun golongan elite dan politik atasan afrika selatan nie omputeh..yang penting perjuangan mereka..peluang once in life time..okay la, pada yang siapa-siapa belum dengar lagu tema world cup leh la tgk dekat bawah nie..lirik pun skali ada click je lagi..(sorry vidz nie trkeluar skit dari template)








LIRIK


P/S : i just wonder la klu malaysia yang jadi tuan rumah world cup..apa nilai-nilai murni yang kita nak selitkan??? adakah kita akan tulus dalam kata-kata perjuangan kita untuk bagi tahu dunia macam orang afrika selatan..atau kita akan selitkan onie malaysia hehehe tat funny ;P

CHAHAYE DARI SCREEN LAPTOP

Actually, laptop aku dh rusak..biasa lah..klu rusak mesti sebab mobo atau pun lebih mesra dikenali sebagai motherboard..mane tak nye..bukan laptop ader motherboard je ke hehehe

ada baik dan buruknya bila laptop nie rusak..mari kita tengok apakah dia..

Kebaikan :
1. Mengurangkan workaholic aku yang tak berhenti-henti buat keje depan laptop.
2. Boleh beri tumpuan kepada piala dunia.
3. Start baca buku-buku yang dah lama nak sentuh tetapi tak sentuh.

Keburukan :
1. Takde laptop time macam nie memang susah, macam mana nak cari kerja. Nak hantar resume semua, nak tengok kalau-kalau ada vacancy dekat mana-mana.
2. Kalau orang panggil interview by e-mail pn tak guna juga, sebab tidak tahu.
3. Projek baru tergendala, ingat lepas study boleh la nak buat blog baru, kongsi-kongsi apa yang patut dekat masyarakat.
4. Kurang daya saing, bila dah kurang ilmu masuk maka kurang daya saing la jugak.I miss a lot of things.
5. Rugi je bayar bill internet dekat umah kalau tak pakai.
6. Hidup jadi mati habis, mana tak nya, handphone rosak, moto raod tax mati dan aku betul-betul dah tak ada harta...OMG..

Apa-apa pun aku harap, aku adalah laptop atau komputer..sebab utamanya..aku nak carik kerja..mau carik rezeki..zaman nie, resume by pos dah tak digalakkan sangat dah by company..yela kan, ada tempat nak simpan kertas-kertas tu semua..tambahan pula vacancy pn by internet juga..

MENGUKIR CHAHAYE KECANTEKAN

Thanks dan bersyukur sebanyak-banyaknya kepada Allah S.W.T..thanks kerana telah mengurniakan dan ketemukan aku nie kawan-kawan yang baik-baik..tidak berhenti memberi nasihat, padangan dan penambah baikan..especially, kepada reader blog nie dan memberi komen-komen yang bernas sekali..cik coco echie, cik lemon, budak-budak forum, kawan-kawan hang out, kengkawan kelas, kawan alam maya dan banyak lagi la yang baik-baik..hehehe

Cakap pasal kawan, bagi aku kawan yang baik adalah kawan yang sentiasa memberi nasihat..ada orang punyai kawan yang sentiasa menyokong apa jua benda yang kita buat..tetapi sempurna sangat kah kita???atau bagaimana jika apa yang kita lakukan itu adalah salah..dengan erti kata lain..kawan nie mengampu je keje dia..buat kita hapi dan ada bila kita nie hapi..

bagi aku, kawan yang baik tidak semestinya kawan yang tidak masuk lokap adalah baik..kawan yang tidak buat jenayah adalah baik..macam mana jika kita ada kawan tetapi tidak pernah menegur atau memberi nasihat kepada kita atau sekurang-kurangnya memberi buah fikir untuk kita??? sesuatu yang perlu kita fikirkan

dulu-dulu penah juga, ada kawan-kawan yang tikam menikam..yang aku peliknya, semua orang tikam sama sendiri..elok pulak tu diorang berkawan dalam keadaan macam tu je..tapi semua tu dah lepas..alhamdulillah..

aku harap kawan-kawan aku yang baik-baik nie..juga dikeliling oleh kawan-kawan yang baik-baik juga..aku juga berharap la..dalam masa hadapan kita semua tidak bertemu dengan kawan-kawan yang tidak baik, tikam menikam, berpura-pura dan hanya sekadar kawan atas pada nama..semoga kita sentiasa berada dibawah payung rahmahNya,amin.

by the way, tau tak beza antara friend and companion??