Followers (Mari Ikut Saya)

JAGA-JAGA DENGAN PANTULAN CHAHAYE TIRUAN

Assalamualaikum,

hi guy, arinie ada post baru. Post kali lebih kepada pemberian amaran.
Okay, 1st beware of acid splasher yang ada berkeliaran di lembah Klang. To be honest, aku pun tak paham kenapa dan apakah motif buat hal macam tu. Silap hari kalau dapat tangkap suspek utama yang buat kerja bukan-bukan tu comfirm tak hidup amanlah. Hahaha Apa-apa pun hati-hati dan sila bagi maklumat kepada pihak berkuasa jika anda maklumat tentang mereka yang terlibat, okay.

Yang ke-2 nya, beware of fake Rimza. Nie kes bukan main-main okay. Baru dua tiga hari lepas, adalah sorang awek comot-comot cute sorang nie tegur aku dekat chat box fb. Kebetulan plak, time tu aku on line, eceh-eceh nak jadikan cite kan. Tiba-tiba, dia mintak maap sebab tak dapat reply sms semalam sebab kehabisan credit. Eh, apahal awek comot-comot cute nie kan, bercinta ngan aku ke apa Hahaha. Pada mulanya aku ingat gurl nie salah hantar msg ke atau salah nak tegur orang dekat fb ker apa. Aku pun cakap la, salah orang nie kut. Then, dia pun cakap salah orang lah jugak kut. But after that, dia pun bukak lah story yang ada orang hantar sms dekat dia petang semalamnya mengaku as Rimza. Amboi-amboi, sedapnya ko guna nama aku kan. Kalau nak ngorat anak dara orang pun berani lah skit dari gunakan nama aku.

Yang aku peliknya, hensem sangat ke aku sampai ada orang nak fake kan diri aku nie. Apa motif?? Mungkin spesis acid splasher jugak kut hehehe Lepas nie aku tak tau la kan kalau ada fake profile fb, twitter dll ker yang guna gambar dan nama aku. Dekat bawah nie aku share kan skit print screen perbualan kami.





Okay, part yang paling best skali adalah... adalah...Tada!!!! aku rasa aku takda pun number dak perempuan nie dalam handset rusak aku nie. Tu dia paling best skali. Kalau dah aku sendiri tak ada number dia camna plak aku nak msg dia kan. Haish, macam-macam hal. Tapi takpa lah, yang penting aku nak tinggalkan pesan, berhati-hati dengan acid splasher dan fake Rimza. In case, jika ada sesape yang penah berlaku kes macam nie, atau akan berlaku dekat anda sila bagitau saya cepat-cepat. Jika kes berat dan melarat, marilah kita sama-sama buat laporan polis okay. Apa-apa hal, please bagitau aku dulu. Jangan tetiba polis angkut aku terus ke balai dah la kan. Hahaha
Last skali, buat awek comot-comot cute tu, kalau saya nak mengorat awak. Saya macho jer cakap terus, apa barang takut-takutkan hahaha (poyo seyh statement aku nie). Jumpa lagi dalam post akan datang. Assalamualaikum.

P/S : selain Rimza aku juga dikenali sebagai David Bechkam dan Justin Biebier Hahahaha Just Kidding! ;)

ADA CHAHAYE TAK ADA CHAHAYE ADA CHAHAYE TAK ADA CHAHAYE

Assalamualaikum,

Hi guys, post kali nak cite pasal sedih skit,
sorry cite sedih lagi.

Okay, kejadian nie berlaku dalam minggu lepas. Masa aku nak pergi kerja. Orait, macam biasa la, mood nak pergi kerja dekat tempat yang sangat tak selesa tu memang tak ada langsung.
Pengangkutan yang digunakan, tidak lain tidak bukan adalah pengangkutan awam dan aku duduk dekat bahagian belakang (kerusi sebelum bahagian belakang sekali).

Tiba-tiba, aku kedengaran bunyi hanset. Aku toleh belakang, tiada orang. Okay, aku toleh talipon aku, takkanlah berbunyi. Setahu aku, phone aku mane ada bunyi dan dah lama sangat rosak. Nak baiki memang tak mampu lah. Aku nie bukanlah tak ada hati nak ada handset mahal-mahal. Malahan, teringin sangat la nak ada android phone dari Sonny Ericson yang mahal gedabak dah nak sama harga dengan Ipad2.

Orait, sambung cite. Lepas dengar bunyi phone tu. Aku pun ingat orang sebelah-sebelah la kut. Tak pun orang dalam bas nie. Saper-saper la, jangan tanya aku. Tapi tak reti nak hangkat ke phone tu annoying la plak kan. Last-last, hati aku terdetik nak tengok dekat tempat duduk belakang. Tu dia, hanset LG sebijik.

Ntah macam mana, dalam aku dalam serabut kehidupan. Terdetik plak hati aku nak ambik handset tu, tuk dijual. Boleh juga cover duit mana yang tak cukup. Kalau tak jual pun, boleh jugakkan buat pakai. Dari aku pakai handset takde kaler dan dah tak berbunyi lagi nie. Baik aku pakai handset nie, lagi bergaya dan menawan hati-hati para wanita.

Pada masa yang sama jugak, hati aku terdetik. Takkanlah, aku sampai berharap sangat dengan barang yang aku jumpa, takat jumpa handset sepatutnya tak perlulah nak jual benda nie dan nak guna duit dari hasil jualannya untuk support plak kos kehidupan aku. Takkan lah!. Aku admit, kerja aku gaji takda lah cukup makan pun. Handset aku rosak, kenderaan pun dah takda. Tapi sepatutnya orang yang usia macam aku dah mampu tuk beli handset mahal guna duit poket sendiri. Bukan takat beli handset jer, malahan beli kenderaan sendiri pun. Aku rasa amat terhina time tu. Kenapalah hidup aku sampai macam nie sekali.

Tak tau nak cakap macam mana, dari aku hidup lagi bertambah hina dari keadaan sekarang nie. Baik aku pilih hidup yang hina jer dari yang lebih hina. Jadi aku pilih tuk pulangkan balik handset nie dekat owner dia. Aku angkat phone, dan suruh orang tu datang amik dekat pejabat tempat aku berkerja. End of the story.

A SECOND CHANCE OF LIFE "N" COME BACK WITH CHAHAYE

Assalamualaikum,

hi guys, quest what??my lappy back to life again. Honestly, i dunno how much time left for him. According to the shopkeeper, my lappy will not have much time before he will back to death again. Actually,there are no way to fix my lappy problem. The problem happened since my lappy born in factory. But I hope he will survive for long time coz i miss him so much.

Since, my lappy was death. I resemble myself a new pc. Instead, i do put my pc a same name as my lappy name. Now, the problem has come when my lappy back for his second life. Then, I need to rename my lappy name. How to setup home network if u have same computer with the same name, right. Suddenly, something across in my mind. I makes a decision to choose my lappy new name right after that ( wow, really fast did i think of something hehehe ) I choose "Rimzix".

In the nut shell, my lappy name is rimzix-pc and my pc name is rimza-pc. Okay guy, see ya in the next post. I feel very sleepy right now and very tire. bye bye.

P/S : i hope i can afford to buy an ipad2 to replace Rimzix before he will die again soon.