Followers (Mari Ikut Saya)

PUISI PUITIS SEORANG MANUSIA DIBAWAH CHAHAYE

Siapa pun kita,
kita hanya manusia,
hebat mana pun kita,
kita hanya manusia,
tinggi mana pun motivasi kita,
kita hanya manusia,
lama mana pun kita tunggu,
kita hanya manusia,
manusia hanya perlu dilayan seperti manusia.

seorang ibu kepada manusia,
seorang anak juga manusia,
perginya anak ke laman kota,
sudah sampai beritahu pesan ibu manusia,
aku juga manusia,
sama rasa dan perasaan seperti ibu manusia,
kerana ibu,anak dan aku punyai hati manusia,
hati dan sayang seperti manusia.

salahkah aku jadi manusia,
punyai kasih seperti ibu manusia,
bimbangkan dimana perginya manusia,
kerana perasaan itu bukan kerna status manusia,
tetapi kerana rasa kasih dan sayang yang lahir sebagai manusia.

ada satu manusia hitam punyai agenda,
mencari anak manusia sebagai sokongan,
pergilah dia memberi masa disana,
seronok, gelak tawa, berjumpa rakan baru juga manusia,
tinggallah aku seorang diri sebagai seorang manusia.

dari sehari aku mengalah sebagai manusia,
ku berikan sokongan, moral, dan kongsi perasaan kegembira,
tapi masa bertukar mengantikan masa,
dari hari sudah beralih ke minggu pula,
bulan tahun dan seterusnya,
sehinggalah aku terasa.

Aku hanyalah manusia,
punyai perasaan dan kekosongan juga,
punyai rasa gembira dan duka,
tetapi kini aku terasa.

Ya Allah,
salahkah aku terasa,
terasa yang lahir dari perasaan dan hati manusia,
berikanlah petunjukmu dan ajarkanlah aku jika hati ini tidak seperti manusia...

Tidaklah aku boleh tegur dan berkata-kata,
perilakunya dan kerja-kerjanya,
kerana gembira bersama rakan-rakan dari penyokong kepada agenda,
inginku berkawan dengan kawannya,
tapi mungkin aku tidak dilayan dan dianggap seperti mereka.

Ya Allah,
adakah aku masih manusia,
apa beza aku dengan manusia,
aku pun mahukan masa bersama,
salahkah aku terasa...
salahkah aku ingin bertanya...

Ya Allah,
mungkin mereka membuat andaian,
yang aku tidak punyai perasaan seperti manusia,
tidak bertolak ansur dan berakal manusia,
pandangan dan nasihat mereka...

Ya Allah,
Jika aku berdosa,
Maapkanlah aku sebagai manusia,
berikanlah aku kembali masa,
masa kepada aku sebagai manusia...
kerana aku langsung tidak boleh bersuara,
dan manusia lain pun tidak mahu mengalah sebagai manusia.

aku hanyalah seorang manusia,
tidakku pinta lebih dari seorang manusia,
cuma bertoleransi dan memamahi sintuasi kita,
agar bertolak ansur sesama manusia,
dalam rasional dan berfikiran matang seperti orang dewasa,
memahami kedudukan dan sintuasi dewasa,
jauh ke dalam untuk mencari penawar duka,
kerana hari ini aku terasa.

CHAHAYE BUNGA API TAHUN BARU

projek baru dlm pemprosesan..pengumpulan data2 sibuk sedang dijalankan..maybe,xlame lg akan berjalan la..arap semua nya smooth dan xde la halangan hebat2 sgt..persetujuan masih lg di tunggu..tp xpe..mane yg boleh kite jalan dl..kite jalankan..yg kendian kita tunggu..insyallah,lambat laun akan berhasil juga..

btw,skrg nie hangat dikatakan tentang penggunaan kalimah Allah..laman web makamah Malaysia dan minggu herald malaysia dah kene hack semenjak isu nie timbul..tringt time tulis.indie dl kene hack jgk..wah,antara yg hot2 jgk la kan kene hack nie hehehe tp xde la sbb isu penggunaan nama Allah..

pendapat peribadi aku,masalah nie tidak patut wujud sejak dari mula lg..sebelum keputusan dikluarkan pn..dh leh agak jgk..sbb nya mungkin timbul bias dlm keputusan yg mana hakim terdiri dari orang cina..ada yg kata semua nya mengikut pelembagaan malaysia..klu begitu xkuat la pelembagaan yg kita ada sekarang nie..pandangan Tun Mahathir lebih matang yg mana pekara nie sepatutnya tidak diselesaikan di makamah..sbb nya undang2 tidak mengambil kira perasaan..undang2 mengutamakan undang2..pekara begini telah lama berlaku..sejak zaman beliau lg..tetapi dikawal..ntah bagaimana, gov skrg boleh terlepas pandang..

isu nie akan menjadi dendam kalbu la..mula2 dh boleh oleh makamah..kemudian tidak boleh plak..patut nya tidak boleh dibincangkan di makamah dari awal..mcm biasa,bila dh terhantuk baru nk beringat..