Followers (Mari Ikut Saya)

CHAHAYE CINTA

Assalamualaikum & hi guyz,

Aku rasa, dalam blog nie aku tak penah lagi cita pasal cerita cintakan. Rasanya macam tak lengkap jer tak letakkan cerita cinta di dalam blog compare dengan bloggers lain yang seusia dengan aku.

Aku punyai kekasih yang aku sangat sayang. Pertemuan yang tak disengajakan, akhirnya membawa kepada ikatan cinta. Tak terbayang pada aku hendak jatuh cinta pada wanita seakan dirinya. Pertama kalinya aku berjumpa dengan dia adalah ketika diploma. Dia adalah gadis biasa dengan senyuman semanis madu. Gadis yang bijak dan pandai kurnian akal fikiran dari yang Maha Esa. Kegigihan dia buat aku tertawan, demi ibubapa dan segulung kejayaan adalah segala-galanya bagi dia.

Dia seorang yang lemah lembut bak kata mak aku, seorang yang tabah bila aku tengok garis-garis halus pada matanya. Gadis dengan penuh harapan dan kejayaan. Terlalu banyak yang manis dan indah untuk aku tuliskan tentang dia. Dugaan dan rintangan, kami tempuhi. Pengorbanan dan kesabaran demi memiliki ikatan suci, itu impian aku.

Dia gadis yang sangat pandai dalam pelajaran tetapi terdapat kekangan dari segi kewangan. Teringat lagi ketika dia hendak sambung degree tetapi tidak punyai kemampuan. Aku usahakan berpuluh kilometer aku menaiki motor mencari keperluan untuk dia. Aku perjuangkan dan memberi semangat untuk dia agar menyambung degree berbanding mengambil diploma yang lain dengan kos yang murah. Akhirnya walaupun ada tentangan, dia tetap menyambung degree juga, tetapi aku tidaklah kejam dan zalim untuk membiarkan dia begitu sahaja. Aku sediakan buku-buku, alatan dan kelengkapan pelajaran, makanan tiap-tiap bulan, adakalanya aku masak untuk dihantar kepada dia, ada ketika aku belah dua lauk yang aku ada untuk nya, segalanya agar dia dipermudahkan urusan. Membantu dalam pelajaran dan aktiviti di universiti, aku sentiasa ada, tatkala kecemasan beg duit hilang, aku sentiasa ada tolong carikannya tanpa mengira waktu tu dah malam ataupun siang, tak kira la hujan, panas atau sejuk gigil aku naik motor, bila dia dalam kesusahan, akulah orang yang cepat-cepat membantu dia. Telah aku beri sebentuk cincin sebagai tanda berserta janji dan masa, sehingga harinya bahagia kami berdua.

Sedikit demi sedikit dia berubah, pelbagai benda pelik yang tak terjelas berlaku dan berlalu. Kami bergaduh dan kadang kala aku pun tak tahu apa yang dia marahkan sangat dengan aku, aku pun rasa nak marahkan dia. Dia tak boleh bercakap, aku tak tercakap. Kadang-kadang sampai aku sendiri pun tak faham. Kadang-kadang apa yang dia cakap macam bukan datang dari diri dia. Seolah-olah ada syaitan diantara kami. Sehingga dia habis degree, Alhamdulillah, dia dapat 1st class degree seperti yang aku impikan dan aku bangga dengan usaha dan penat lelah aku, dia berjaya.

Tidak sampai hati aku, tidak kejam dan tidak mahu menzalimi dia dengan membiarkan dia begitu sahaja setelah berjaya dalam pelajaran tanpa ada kerjaya yang baik. Aku sediakan dia resume yang baik, kelengkapan untuk mencari kerja, aku carikan juga kerja untuknya dari syarikat-syarikat glc dan yang terbaik. Aku beri bantuan tatkala dia mengharungi kerjaya yang tidak stabil dan bergaji ala kadar sahaja.

Hari convo datang menjelma, aku hairan kenapa aku tidak dijemput untuk menghadiri convocation dia. Adakah dia seorang yang tidak mahu berterima kasih dengan apa yang telah dia dapat sehingga hari ini. Tetapi aku tetap datang ke convocation itu sebabkan terdapat juga rakan-rakan yang lain convo bersama.

Semakin hari semakin pelik, semakin banyak benda pelik berlaku. Tak kiralah dalam perhubungan kami dan juga dalam hidup aku. Aku sakit tak henti-henti, perhubungan aku pun macam dilanda kesakitan yang aku tak dapat hendak jelaskan. Kalau korg tengok dekat facebook aku pun, korang mesti taukan macam aku dah tak berapa hendak betul. Akhirnya sampailah aku sakit terlentang seorang diri dan mak cik aku suruh balik ke kampung.

Sebelum ini, aku hanya pernah dengar cerita-cerita tentang sihir terkena dekat orang, tetapi tak pernah terlintas dalam fikiran aku, yang akan terkena dekat aku. Pendek cerita, selama nie aku terkene sihir tanpa aku sedari, lagipun aku tak pernah pun terkene sihir camne nak tahukan yang aku nie terkene sihir sehinggalah diberitahu.

Okay, let' go back to love story. Dalam keretakan kisah cinta aku. Aku tetap memberi pertolongan dekat dia dalam urusan kehidupan. Aku tahu keupayaan dan diri dia. Dalam masa yang sama juga aku cuba untuk memperbaiki perhubungan aku. Bermacam-macam telah aku buat, berkorban jangan katalah, bermacam-macam, malah aku letakkan sekali nyawa aku dalam pengorbanan aku tetapi tak memberi kesan apa-apa kepada dia kerana dia tidak boleh bercakap dengan aku. Aku hairan, macam mana manusia biasa tidak boleh bercakap dan berfikir tentang aku. Sedangkan apa saja dia sekarang adalah aku.

Thing get really complicated bila dia tak boleh berkata-kata dengan aku dan berfikir tentang aku. Akhirnya tetiba dia sudah bertunang, just a few months before aku masih berikan dia wang saku tiap-tiap bulan suddenly dia dah bertunang. Apa semua nie?Sedih, hati mana yang tak sedih. Tipulah kalau aku kata aku tidak bersedih. Hanya tuhan sahajalah tempat aku mengadu dan meluahkan semua isi hati aku.

Jodoh, kerana percayakan jodohlah aku berusaha untuk mencari jodoh. Bagi aku, jodoh tak datang bergolek tetapi tidaklah aku tahu jodoh boleh datang bergolek kepada orang lain. Sebab itu, aku sentiasa berusaha menjaga dia agar jodoh kami sampai ke ikatan pernikahan. Doa aku, bertahun-tahun sudah aku berdoa. Tetapi tidak aku sangka, walau macam mana usaha pun aku buat, apa pun pengorbanan aku walaupun nyawa aku sekalipun jika dia bukan jodoh aku. Dia tetap bukan jodoh aku. Aku bukan takat hilang dia, aku hilang impian aku di dunia dan di akhirat untuk bawa dia masuk syurga bersama aku sebagai pasangan suami isteri. Kehilangan dia memberi ujian kepada aku dari setiap sudut termasuk jiwa, wang, kebimbangan dan keimanan aku sendiri. Sesungguhnya Ya Allah, Engkau tidak menzalimi dan menganiaya aku tetapi manusialah yang menzalimi dan menganaiya aku. Aku bertawakal dan berserah kepada Mu Ya Allah dan aku tidak mahu menjadi orang yang rugi. Ya Allah, bila ketetapan Engkau telah sampai, tidak terdaya aku untuk mempercepatkannya walaupun sesaat atau melambatkannya walaupun sesaat. Ketetapan Mu tersangatlah besar dan kekuasaan Mu terlalu besar buat aku.

P/S : Banyak perkara aku tidak tulis dekat sini, maaflah jika cerita nie nampak macam tergantung kat mana-mana. Aku terpaksa untuk tidak mencerita kesemuanya untuk menutup aib orang lain. Sekian.