Followers (Mari Ikut Saya)

ADAKAH CERITA CHAHAYE SEMALAM

Semalam, semalam pastinye adalah sejarah...itu kate mereka..ape pula kate kite..

semalam, bercakap pasal semalam, semalam aku kelaparan..biase la dh nk malam..waktu untuk makan malam..lepas kemas2 umah..sapu2 lantai..sambil memasak nasik untuk hidangan malam hari..

semalam, aku memasak nasik goreng..resepi biase la..bawang, bawang putih dan penyedap dan rahasia masakan aku adalah perencah nasik goreng adabi..perisa untuk kali ini adalah nasik goreng paprik..wah,hebat aku..dh buleh jd chef terkemuka dh..bakal mengegarkan gerai2 makan dekat shah alam nie..tetapi tanpa perencah..xmenjadi pn..

semalam, ketika memasak semua bahan2 asas telah pn dimasukkan..okay,skip semua nie..sbb aku kali nie bkn nk cerita pasal masakan atau berkongsi resepi..kite trus skip kat adengan memasuk kan telur ke dalam nasik goreng berperisa paprik itu..aku punyer la semangat siap basuh semua telur tu..bkn basuh saje..siap gosok dgn dengan sabun axion..

semalam, dengan bercita2 besar nyer nk mkn nasik goreng paprik masakan sendiri..telur yg aku basuh2 itu ruper nyer..adalah telur busuk..mcm mane aku tau telur busuk..sbb aku dh pecahkan telur tu dalam kuali yg sedang enak dimasak dengan perencah nasik goreng paprik..abis satu kuali nasik goreng aku buang mcm 2 jer..aku lihat kotak telur tu..expired date bertarikh 24/5/2009..

semalam,semalam bertarikh 9/5/2009..

CHAHAYE CINTA TIDAK BERBELAH BAHAGI

Arinie aku nk kongsi cite nie ngan semua pembace..cite cinta yg aku ska..tp cite nie aku adaptasi dr seseorg hehehe jgn marah tuan punyer badan..

Memilih jalan baru dalam hidup bukanlah senang. Tambah-tambah yang melibatkan masa depan. Namun aku harungi demi melihat masa depan yang cerah. Hijrah terpaksa dilakukan, bukanlah ke madinah (bandar) tetapi ke tempat yang agak pendalaman begitu.

Ini bukanlah impian aku untuk berhijrah ke sini. Tetapi impian aku adalah untuk menimba ilmu "adalah di sini". Apakah tempat ini akan menyeronokan aku. Perut aku seolah-olah tidak menerima makanan di sini. Mungkin tempat baru, aku tidak punyai kawan dan taulan. Hidup aku di sini adalah untuk belajar sahaja.

Sehingga hari itu, sesuatu yang menarik diriku. Apakah itu? naluri? nafsu? firasat? Sebenarnya aku tertarik kepada seorang wanita ini. Aku tidak perasan bila diri ini mula tertarik tetapi semakin lama semakin tertarik. Masih ingat lagi, ketika ujian pertengahan sem. Kebetulan pensyarah aku sama dengan dia. Maka ujian itu di buat dalam tempat yang sama. Masa tu aku tidak pasti lagi tentang daya tarikan itu. Melihat dia aku kebinggungan, aku hanya melihat dia di dalam tempat ujian itu dijalankan. Hanya melihat dia dari belakang. Aku masih kebinggungan mengapa melihat dia sedangkan dia tidak melihat aku.

Masa berlalu begitu cepat. Sekarang sudah masuk sem baru. Aku lambat mendaftar sem ini. Oh tidak, terpaksa mendaftar seorang diri. Terpaksa pergi ke pejabat hendak mendaftar, hendak mengadap orang pejabat yang tidak begitu mesra pelanggan. Sampainya aku di pejabat tempat hendak mendaftar itu. Baru aku tahu, aku tidak keseorangan mendaftar. Dia juga bersama aku. Dia juga mendaftar lambat seperti aku. Tetapi dia bertiga bersama kawan-kawannya. Baru aku tahu yang sebenarnya aku suka melihat dia.

Aku tidak tahu mengapa dan dari mana datangnya minat itu. Dalam satu acara yang berlangsung di tempat belajar itu secara kebetulan dia menghadiri acara tersebut. Aku tunjukkan pada teman aku. Secara spontannya, teman aku berkata "macam nyonya jer aku tengok". Ia, memang dia tidak ada apa-apa yang menarik dari segi luaran tidak juga dari dalaman dirinya. Kerna dari dengar-dengar dari rakan lain dia ini seorang yang "high demanding" yoyo-o-lah ni. Perempuan yang tidak ada kecantikan dari luaran dan dalaman yang aku tertarik. Binggung aku(lagu lifehouse-you and me,mengiringi dari belakang)...

Tetapi aku paham dan mengerti kemahiran mengorat wanita dan gadis ini aku kurang sedikit. Mungkin ini juga kelemahan yang aku ada sendiri. Memang tidak ada harapanlah aku untuk memiliki dia. Tetapi sebenarnya aku sempat juga mengenali dia sedikit. Begitu sedikit gara-gara aku pecah tembelang sendiri kepada seorang kawan aku yang satu kelas dengan dia. Aku dapat nombor telepon bimbingnya. Namun ternyata hanya tiga msg sahaja bagi setiap hari. Tidak boleh lebih. Memang tidak ada harapanlah tambahan aku mendapat tahu ada ura-ura seorang ini juga ingin mencuba memikat dia. Oh, ibarat sudah jatuh ditimpa tangga sudahlah tidak pandai memikat, ruangan terhad kemudian ada saingan. Dalam sedar tidak sedar aku telah dijatuhkan secara perlahan-lahan oleh saingan aku itu. Maka aku bertindak mengundur diri. Mana tidaknya, kita yang memikat orang lain yang mengekploitasi keadaan untuk kepentingan diri. Kalau berani sama-samalah memikat. Kita tengok "best man win" amarahku berkata.

Antara sebab lain aku mengundur diri juga berkaitan dengan kurang sokongan moral dari rakan-rakan dekat, gosip-gosip aku dengan perempuan lain dan aku rasa keadaan sungguh tidak stabil. Mungkin bukan rezeki aku. Ironik dalam kisah ini, aku penah mendapat sms ugutan dari seorang tidak di kenali mengatakan jangan mengganggu seorang gadis ini. Kebetulan nama gadis ini hampir sama dengan nama dia. Aku siap bertanya adakah betul ejaan nama gadis ini. Oh tidak, mengapa lain yang aku mahu lain yang mendatang. Lagi aneh aku tidak punyai pun nombor gadis yang dikatakan. Bagaimana aku mengganggu dia?atau dia sudah terpikat pada aku terdahulu. Lain yang aku mahu lain yang aku "mendapat".

Mengundur diri, aku menafikan diri dia dalam diri aku. Aku mengatakan, tidak dia pada aku. Aku menyedarkan diri aku, yang aku sangat jauh dari dia. Aku beritahu diriku, aku bukan dia. Akhirnya aku dengan dia terpisah kerana dia melanjutkan pelajaran ke tempat lain.

Aku tidak lagi berada di tempat lama akan tetapi aku sudah berhijrah ke madinah (bandar).
Setelah hampir dua tahun setengah aku tidak melihat wajahnya. Hari ini ketika meraikan sesuatu bersama-sama rakan dari jauh mataku mengintai sintuasi yang indah. Dia di dalam suasana bingkaian pemandangan mataku. Spontan dari mulutku "dia sudah gemuk" lantas membalas temanku "engkau juga sudah gemuk!" Aku hanya ketawa kerana rasa bahagia itu kembali di hati ini kerana melihat dia juga bahagia.

korg mesti tertanya2kan mane part best nyer dlm cite nie..sebenarnya, part yg aku ska bila aku melihat kegembiraan terpancar di wajah dak nie sebaik sahaja dier dapat melihat dak prmpn tu..aku tidak paham..tiada kecantikan luaran, tidak ada kecantikan dalaman malahan dak nie slalu kene kutuk sbb ska dak prmpn 2 dan juge die sudah gemok!..aku bertanya kepade dier..dier just ckp"aku bertanya kepada perasaan..perasaan hanya bersahaja,aku bertanya kepada hati..hati kata aku tidak punyai ruang untuk dia, aku bertanya kepada akal..akal kata aku tidak berfikir untuk dia..aku cuba bertanya kepada roh(diri)..roh(diri) berdiam sahaja..maka,aku bersyukur kerana tuhan memberi "ini" kepada aku. Hakikatnya aku tidak punya apa".