Followers (Mari Ikut Saya)

CHAHAYE TETAPI CHAHAYE HITAM

Assalamualaikum n hi guy,

Lama sangat dah tak tulis blog. Alasan, memang ada sebab disebaliknya.

Dalam hidup aku, aku pernah terlalu positif dan terlalu negatif. Itulah adalah satu kesilapan. Bila kita terlalu positif dekat diri kita dan terlalu negatif dekat diri kita. Badan kita nie umpama sebuah kereta, kalau ada bunyi pelik atau tetiba kereta kita bergoyang time bergerak. Mesti ada bahagian kereta yang rosak. Begitu juga dengan badan aku ini, sakit aku berulang-ulang dan bermacam-macam, tetapi aku terlalu positif dekat diri aku mengatakan aku nie just sakit-sakit biasa jer. Tapi sakit tetap berulang sakit. Tanpa aku sedari, aku dah menjadi sangat negatif, lemah semangat, putus harap dan longlai. Aku hempaskan semuanya bebanan yang pelik-pelik sampai kadang-kadang aku pun dah tak tahu timbang tara percakapan aku. Sehinggalah, Allah takdirkan seorang ustaz memberitahu kepada aku tentang sihir yang tak penah aku tahu dan mengenalinya. Dia menceritakan tanda-tanda sihir dan kisah Nabi Muhammad S.A.W pernah terkena sihir ketika hidupnya.

Sihir dan apa yang aku alami :

1. Sakit-sakit belakang.
Sakit-sakit belakang nie sampai sekarang pun aku terasa (aku belum lagi pulih). Dari tulang belakang dekat pinggang, belakang badan, dan tengkuk. Kadang-kadang sakit dekat rusuk. Sakit dekat belakang nie, rasa macam kene urut. Kalau kene urut bunyinya macam best, tapi kalau kene urut 24jam dah tentu tak selesa. Sakit dan penat dibuatnya, tensen dah tentu ada, kadang-kadang benda nie lah buat rasa nak marah jer. Mangsa orang sekeliling. Dulu aku penah rasa macam kene cekik jer dan sakit dada, time tu tak tahu apa, just cakap pada diri positifkan diri dan nie hanya perasaan sahaja. Paling best dada aku penah lebam, tak sangka plak aku rasa kene cakar tu akhirnya memberi kesan lebam di situ. Marah betul nampaknya menantang nie kan. Satu soalan. Kenapa kena sihir akan sakit belakang, pinggang dan tengkuk.?Jawapan dari pandangan dan pengalaman yang aku sendiri, jawapanya senang jer, bila kita rasa sakit dekat bahagian belakang, benda yang paling kita nak buat adalah hendak terbaring. Terbaring macam orang malas dari mata padangan orang biasa, tahan sakit bagi orang yang terkena sihir. Settle kerja syaitan, satu manusia dah down. Pada hari raya yang lalu, aku tahankan diri tuk tak nak baring sebab ramai sedara datang dekat kampung aku. Kalau aku duk baring jer, susahlah aku nak menjawabnya plak, apa nak buat tahan jer la. Berpeluh-peluh dan aku basuh muka bagi nampak okay, tapi ada juga sedara aku tanya tak sihat ker?aku kuatkan diri jawap sihat cuma batuk-batuk skit jer ( tak kena langsung jawapan aku bagi hahaha). Jawapan yang kedua adalah kenapa serang bahagian-bahagian berikut adalah kerana bila kita sembahyang memang akan terasa sakit (dalam pergerakkan sembahyang). Penah time teruk, mengigil-gigil aku rukuk dan sujud. Bila dah sembahyang pun dah rasa sakit, mula rasa malas nak sembahyang. Misi syaitan tercapai. Sebab itu juga, syaitan dan jin beria-ria hendak menolong orang yang melakukan sihir. Kerjanya adalah hendak menyesatkan manusia si anak cucu cicit anak adam nie.

2. Tidur malam ada jer bendanya.
Serius aku paling malas dan takut bila malam nak datang, takut rasanya nak tido. Bila tidur adalah benda-bendanya, macam-macam, dah macam astro. Tikus hitam la, makhluk besar la, lembaga apa ntah, main cakar-cakar kat kaki la, ajak bersembang la, jadi ustaz nak mengubat aku la (tapi muka jer macam manusia tapi perangai...) macam-macam la. Tidur comfirm akan terjaga tengah malam punya. Banyak lagi sebenarnya, kalau cita aku pun jadi seram, kalau fikirkan lagi boleh jadi gila. Ada satu ketika aku tensen sangat, aku gaduh ngan mahkluk lahanat nie (ader cite tapi nanti la next entry), aku mencarut-carut kat makhluk tuhan nie sampai terjaga. Mostly, aku akan melawan benda alah nie sebab aku malas kalau diikutkan sangat, takut dia akan amik alih badan aku, bila aku dah lemah. Keadaan aku ketika selalu terjaga tengah malam adalah terperanjat, melompat pun ada. Kadang-kadang tu aku terjaga, aku pun tak tahu apa yang berlaku. Rasa time bangun pagi paling best, penat macam pergi berkebun.

3. Pening kepala.
Sakit bila berjaga (+) tambah penat dan tensen bila tidur (=) sama dengan sakit kepala. Setiap hari macam nie, rasa nak mati (kan dah terkeluar, saje aku tak nak padam, misi syaitan dah berjaya) tula yang mereka hendakkan. Aku memang dah rasa longlai. Payah betul nak tulis entry nie, duk tahan sakit ngan sasau lagi.

Actually, banyak lagi yang aku alami tapi aku nak stop sampai sini dulu. Aku nak bagi entry nie ringkas skit dan aku tau banyak lagi persoalan yang korg semua tertanya-tanya. Aku minta masa, nanti kalau aku terdaya, aku tulis lagi. Hanya tuhan saje tahu macam mana susahnya nak tulis entry nie dalam keadaan begini...

1 comment:

miss asyue said...

rimza...be strong...if da ade tnda2 tue..cepat2 p berubat...