Followers (Mari Ikut Saya)

CHAHAYE CINTA

Assalamualaikum & hi guyz,

Aku rasa, dalam blog nie aku tak penah lagi cita pasal cerita cintakan. Rasanya macam tak lengkap jer tak letakkan cerita cinta di dalam blog compare dengan bloggers lain yang seusia dengan aku.

Aku punyai kekasih yang aku sangat sayang. Pertemuan yang tak disengajakan, akhirnya membawa kepada ikatan cinta. Tak terbayang pada aku hendak jatuh cinta pada wanita seakan dirinya. Pertama kalinya aku berjumpa dengan dia adalah ketika diploma. Dia adalah gadis biasa dengan senyuman semanis madu. Gadis yang bijak dan pandai kurnian akal fikiran dari yang Maha Esa. Kegigihan dia buat aku tertawan, demi ibubapa dan segulung kejayaan adalah segala-galanya bagi dia.

Dia seorang yang lemah lembut bak kata mak aku, seorang yang tabah bila aku tengok garis-garis halus pada matanya. Gadis dengan penuh harapan dan kejayaan. Terlalu banyak yang manis dan indah untuk aku tuliskan tentang dia. Dugaan dan rintangan, kami tempuhi. Pengorbanan dan kesabaran demi memiliki ikatan suci, itu impian aku.

Dia gadis yang sangat pandai dalam pelajaran tetapi terdapat kekangan dari segi kewangan. Teringat lagi ketika dia hendak sambung degree tetapi tidak punyai kemampuan. Aku usahakan berpuluh kilometer aku menaiki motor mencari keperluan untuk dia. Aku perjuangkan dan memberi semangat untuk dia agar menyambung degree berbanding mengambil diploma yang lain dengan kos yang murah. Akhirnya walaupun ada tentangan, dia tetap menyambung degree juga, tetapi aku tidaklah kejam dan zalim untuk membiarkan dia begitu sahaja. Aku sediakan buku-buku, alatan dan kelengkapan pelajaran, makanan tiap-tiap bulan, adakalanya aku masak untuk dihantar kepada dia, ada ketika aku belah dua lauk yang aku ada untuk nya, segalanya agar dia dipermudahkan urusan. Membantu dalam pelajaran dan aktiviti di universiti, aku sentiasa ada, tatkala kecemasan beg duit hilang, aku sentiasa ada tolong carikannya tanpa mengira waktu tu dah malam ataupun siang, tak kira la hujan, panas atau sejuk gigil aku naik motor, bila dia dalam kesusahan, akulah orang yang cepat-cepat membantu dia. Telah aku beri sebentuk cincin sebagai tanda berserta janji dan masa, sehingga harinya bahagia kami berdua.

Sedikit demi sedikit dia berubah, pelbagai benda pelik yang tak terjelas berlaku dan berlalu. Kami bergaduh dan kadang kala aku pun tak tahu apa yang dia marahkan sangat dengan aku, aku pun rasa nak marahkan dia. Dia tak boleh bercakap, aku tak tercakap. Kadang-kadang sampai aku sendiri pun tak faham. Kadang-kadang apa yang dia cakap macam bukan datang dari diri dia. Seolah-olah ada syaitan diantara kami. Sehingga dia habis degree, Alhamdulillah, dia dapat 1st class degree seperti yang aku impikan dan aku bangga dengan usaha dan penat lelah aku, dia berjaya.

Tidak sampai hati aku, tidak kejam dan tidak mahu menzalimi dia dengan membiarkan dia begitu sahaja setelah berjaya dalam pelajaran tanpa ada kerjaya yang baik. Aku sediakan dia resume yang baik, kelengkapan untuk mencari kerja, aku carikan juga kerja untuknya dari syarikat-syarikat glc dan yang terbaik. Aku beri bantuan tatkala dia mengharungi kerjaya yang tidak stabil dan bergaji ala kadar sahaja.

Hari convo datang menjelma, aku hairan kenapa aku tidak dijemput untuk menghadiri convocation dia. Adakah dia seorang yang tidak mahu berterima kasih dengan apa yang telah dia dapat sehingga hari ini. Tetapi aku tetap datang ke convocation itu sebabkan terdapat juga rakan-rakan yang lain convo bersama.

Semakin hari semakin pelik, semakin banyak benda pelik berlaku. Tak kiralah dalam perhubungan kami dan juga dalam hidup aku. Aku sakit tak henti-henti, perhubungan aku pun macam dilanda kesakitan yang aku tak dapat hendak jelaskan. Kalau korg tengok dekat facebook aku pun, korang mesti taukan macam aku dah tak berapa hendak betul. Akhirnya sampailah aku sakit terlentang seorang diri dan mak cik aku suruh balik ke kampung.

Sebelum ini, aku hanya pernah dengar cerita-cerita tentang sihir terkena dekat orang, tetapi tak pernah terlintas dalam fikiran aku, yang akan terkena dekat aku. Pendek cerita, selama nie aku terkene sihir tanpa aku sedari, lagipun aku tak pernah pun terkene sihir camne nak tahukan yang aku nie terkene sihir sehinggalah diberitahu.

Okay, let' go back to love story. Dalam keretakan kisah cinta aku. Aku tetap memberi pertolongan dekat dia dalam urusan kehidupan. Aku tahu keupayaan dan diri dia. Dalam masa yang sama juga aku cuba untuk memperbaiki perhubungan aku. Bermacam-macam telah aku buat, berkorban jangan katalah, bermacam-macam, malah aku letakkan sekali nyawa aku dalam pengorbanan aku tetapi tak memberi kesan apa-apa kepada dia kerana dia tidak boleh bercakap dengan aku. Aku hairan, macam mana manusia biasa tidak boleh bercakap dan berfikir tentang aku. Sedangkan apa saja dia sekarang adalah aku.

Thing get really complicated bila dia tak boleh berkata-kata dengan aku dan berfikir tentang aku. Akhirnya tetiba dia sudah bertunang, just a few months before aku masih berikan dia wang saku tiap-tiap bulan suddenly dia dah bertunang. Apa semua nie?Sedih, hati mana yang tak sedih. Tipulah kalau aku kata aku tidak bersedih. Hanya tuhan sahajalah tempat aku mengadu dan meluahkan semua isi hati aku.

Jodoh, kerana percayakan jodohlah aku berusaha untuk mencari jodoh. Bagi aku, jodoh tak datang bergolek tetapi tidaklah aku tahu jodoh boleh datang bergolek kepada orang lain. Sebab itu, aku sentiasa berusaha menjaga dia agar jodoh kami sampai ke ikatan pernikahan. Doa aku, bertahun-tahun sudah aku berdoa. Tetapi tidak aku sangka, walau macam mana usaha pun aku buat, apa pun pengorbanan aku walaupun nyawa aku sekalipun jika dia bukan jodoh aku. Dia tetap bukan jodoh aku. Aku bukan takat hilang dia, aku hilang impian aku di dunia dan di akhirat untuk bawa dia masuk syurga bersama aku sebagai pasangan suami isteri. Kehilangan dia memberi ujian kepada aku dari setiap sudut termasuk jiwa, wang, kebimbangan dan keimanan aku sendiri. Sesungguhnya Ya Allah, Engkau tidak menzalimi dan menganiaya aku tetapi manusialah yang menzalimi dan menganaiya aku. Aku bertawakal dan berserah kepada Mu Ya Allah dan aku tidak mahu menjadi orang yang rugi. Ya Allah, bila ketetapan Engkau telah sampai, tidak terdaya aku untuk mempercepatkannya walaupun sesaat atau melambatkannya walaupun sesaat. Ketetapan Mu tersangatlah besar dan kekuasaan Mu terlalu besar buat aku.

P/S : Banyak perkara aku tidak tulis dekat sini, maaflah jika cerita nie nampak macam tergantung kat mana-mana. Aku terpaksa untuk tidak mencerita kesemuanya untuk menutup aib orang lain. Sekian.

SELUAS ALAM TERBENTANG, SEJAUH CHAHAYE BERJALAN

Assalamualaikum dan hi guy,

Kadang-kala, aku tak faham, aku tak faham macam mana dunia yang hidup ini, terlalu fantasi untuk dirasai, terlalu pelik untuk realiti, terlalu luas dunia untuk aku jelajahi, terlalu sempit untuk aku selami, terlalu pandai untuk aku fahami, terlalu bodoh untuk aku ikuti, terlalu berat untuk aku pikul, terlalu ringgan untuk dipandang, terlalu kosong di dalam banyak, terlalu banyak di dalam kosong, terlalu sunyi di dalam ramai, terlalu binggar di dalam percakapan, terlalu laju untuk dikejar, terlalu perlahan untuk dinantikan, terlalu tinggi untuk dikecapi, terlalu rendah untuk di duduki. Aku rasa hilang arah, tak tahu hendak ke mana dan tiada impian untuk aku kecapi lagi.

KETUA CHAHAYE

Assalamualaikum & hi guy,

Bertemu lagi dalam entry kali nie, aku ader entry yang lain sebenarnya, aku rase tak nak post kan nya lagi. Better, kongsi pengalaman yang nie dulu. Hanya untuk tinggal-tinggalkan pesan.

Actually, aku teringat satu peristiwa yang mana abang aku cerita pasal satu keluarga terkena perbuatan sihir. Katanya orang dengki dengan dia (husband a.k.a ketua keluarga) dan yang terkena sihir anak dan bini plak. Lelaki itu kata, takpa sihir tu bagi dekat dia jangan bagi dekat anak dan bini dia. Trust me, you don't want to do that. Kenapa? sebabnya kau tak tahu macam mana bebannya menghadapi benda alah nie. Antara logik dan tak logik, antara rasional dan tak rasional, antara dunia nyata dan sesuatu yang asing. Saiko dan terus membuat kita lemah. Jika benda alah tu dapat kalahkan ketua keluarga. Bermakna, the leader already fallen and family already taken down. Perpecahan, putus harapan, penceraian, seksaan mental dan fizikal bagi anak dan isteri dan lain-lain lagi. Lihatlah betapa dasyatnya syaitan hendak menyesatkan manusia. Habuan, syaitan dan jin yang hendak menyesatkan manusia sentiasa ada.

Jumpa lagi dalam entry seterusnya. Salam.

CHAHAYE TETAPI CHAHAYE HITAM

Assalamualaikum n hi guy,

Lama sangat dah tak tulis blog. Alasan, memang ada sebab disebaliknya.

Dalam hidup aku, aku pernah terlalu positif dan terlalu negatif. Itulah adalah satu kesilapan. Bila kita terlalu positif dekat diri kita dan terlalu negatif dekat diri kita. Badan kita nie umpama sebuah kereta, kalau ada bunyi pelik atau tetiba kereta kita bergoyang time bergerak. Mesti ada bahagian kereta yang rosak. Begitu juga dengan badan aku ini, sakit aku berulang-ulang dan bermacam-macam, tetapi aku terlalu positif dekat diri aku mengatakan aku nie just sakit-sakit biasa jer. Tapi sakit tetap berulang sakit. Tanpa aku sedari, aku dah menjadi sangat negatif, lemah semangat, putus harap dan longlai. Aku hempaskan semuanya bebanan yang pelik-pelik sampai kadang-kadang aku pun dah tak tahu timbang tara percakapan aku. Sehinggalah, Allah takdirkan seorang ustaz memberitahu kepada aku tentang sihir yang tak penah aku tahu dan mengenalinya. Dia menceritakan tanda-tanda sihir dan kisah Nabi Muhammad S.A.W pernah terkena sihir ketika hidupnya.

Sihir dan apa yang aku alami :

1. Sakit-sakit belakang.
Sakit-sakit belakang nie sampai sekarang pun aku terasa (aku belum lagi pulih). Dari tulang belakang dekat pinggang, belakang badan, dan tengkuk. Kadang-kadang sakit dekat rusuk. Sakit dekat belakang nie, rasa macam kene urut. Kalau kene urut bunyinya macam best, tapi kalau kene urut 24jam dah tentu tak selesa. Sakit dan penat dibuatnya, tensen dah tentu ada, kadang-kadang benda nie lah buat rasa nak marah jer. Mangsa orang sekeliling. Dulu aku penah rasa macam kene cekik jer dan sakit dada, time tu tak tahu apa, just cakap pada diri positifkan diri dan nie hanya perasaan sahaja. Paling best dada aku penah lebam, tak sangka plak aku rasa kene cakar tu akhirnya memberi kesan lebam di situ. Marah betul nampaknya menantang nie kan. Satu soalan. Kenapa kena sihir akan sakit belakang, pinggang dan tengkuk.?Jawapan dari pandangan dan pengalaman yang aku sendiri, jawapanya senang jer, bila kita rasa sakit dekat bahagian belakang, benda yang paling kita nak buat adalah hendak terbaring. Terbaring macam orang malas dari mata padangan orang biasa, tahan sakit bagi orang yang terkena sihir. Settle kerja syaitan, satu manusia dah down. Pada hari raya yang lalu, aku tahankan diri tuk tak nak baring sebab ramai sedara datang dekat kampung aku. Kalau aku duk baring jer, susahlah aku nak menjawabnya plak, apa nak buat tahan jer la. Berpeluh-peluh dan aku basuh muka bagi nampak okay, tapi ada juga sedara aku tanya tak sihat ker?aku kuatkan diri jawap sihat cuma batuk-batuk skit jer ( tak kena langsung jawapan aku bagi hahaha). Jawapan yang kedua adalah kenapa serang bahagian-bahagian berikut adalah kerana bila kita sembahyang memang akan terasa sakit (dalam pergerakkan sembahyang). Penah time teruk, mengigil-gigil aku rukuk dan sujud. Bila dah sembahyang pun dah rasa sakit, mula rasa malas nak sembahyang. Misi syaitan tercapai. Sebab itu juga, syaitan dan jin beria-ria hendak menolong orang yang melakukan sihir. Kerjanya adalah hendak menyesatkan manusia si anak cucu cicit anak adam nie.

2. Tidur malam ada jer bendanya.
Serius aku paling malas dan takut bila malam nak datang, takut rasanya nak tido. Bila tidur adalah benda-bendanya, macam-macam, dah macam astro. Tikus hitam la, makhluk besar la, lembaga apa ntah, main cakar-cakar kat kaki la, ajak bersembang la, jadi ustaz nak mengubat aku la (tapi muka jer macam manusia tapi perangai...) macam-macam la. Tidur comfirm akan terjaga tengah malam punya. Banyak lagi sebenarnya, kalau cita aku pun jadi seram, kalau fikirkan lagi boleh jadi gila. Ada satu ketika aku tensen sangat, aku gaduh ngan mahkluk lahanat nie (ader cite tapi nanti la next entry), aku mencarut-carut kat makhluk tuhan nie sampai terjaga. Mostly, aku akan melawan benda alah nie sebab aku malas kalau diikutkan sangat, takut dia akan amik alih badan aku, bila aku dah lemah. Keadaan aku ketika selalu terjaga tengah malam adalah terperanjat, melompat pun ada. Kadang-kadang tu aku terjaga, aku pun tak tahu apa yang berlaku. Rasa time bangun pagi paling best, penat macam pergi berkebun.

3. Pening kepala.
Sakit bila berjaga (+) tambah penat dan tensen bila tidur (=) sama dengan sakit kepala. Setiap hari macam nie, rasa nak mati (kan dah terkeluar, saje aku tak nak padam, misi syaitan dah berjaya) tula yang mereka hendakkan. Aku memang dah rasa longlai. Payah betul nak tulis entry nie, duk tahan sakit ngan sasau lagi.

Actually, banyak lagi yang aku alami tapi aku nak stop sampai sini dulu. Aku nak bagi entry nie ringkas skit dan aku tau banyak lagi persoalan yang korg semua tertanya-tanya. Aku minta masa, nanti kalau aku terdaya, aku tulis lagi. Hanya tuhan saje tahu macam mana susahnya nak tulis entry nie dalam keadaan begini...

INSYALLAH ADA KUT CHAHAYE

Assalamualaikum n hi guy,

Insyallah, atau maknanya dalam bahasa melayu kita adalah dengan izin Allah. Insyallah dilafazkan apabila kita berjanji sesama manusia atas nama tuhan dan berusaha dengan bersunggu-sungguh untuk menunaikannya. For further information, click here.

Dalam masyarakat melayu yang mana aku dilahirkan. Penggunaan perkataan insyallah amatlah berbeza dari makna dan penggunaannya yang sepatutnya. Mungkin kerana berlakunya cross culture, yang mana perkataan berikut adalah di dalam bahasa arab dan kami masyarakat Islam di Malaysia rata-rata terdiri dari golongan berbangsa melayu.

Kebiasaan penggunaan perkataan insyallah di dalam masyarakat aku adalah apabila tiada kepastian di dalam melakukan sesuatu atau di dalam sesuatu perjanjian. Sebagai contoh, ketika zaman persekolahan aku dulu, cikgu memberi homework yang banyak untuk disiapkan dalam masa yang singkat. Lalu jawap kawan-kawan aku, "insyallah cikgu" dengan bermakna sesuatu yang tidak berada di dalam kepastian dengan memberi alasan itu hanya akan berlaku jika diizinkan Allah. Begitu juga, dalam kehidupan seharian yang lain. Jika seorang rakan ingin berjumpa dengan rakannya yang seorang lagi tu pada hujung minggu dan seorang rakan lagi berada di dalam tidak kepastian, jawapan yang selalu aku dengar adalah "insyallah, kalau aku free aku datang jumpa engkau, nanti aku roger balik" kalau kawan tu comfirm dia akan datang, biasa dia akan cakap "orait, aku datang ahad nie, dekat mid valley".

Person A : Doktor, sakit yang dekat kaki saya sakit nie, ada kaitan ker dengan penyakit yang dekat dada nie? dah lama sakit nie?

Doktor : Ada kemungkinan, penyakit nie boleh take the whole body. Kamu jangan tension2, nanti lagi teruk.

Person A : Boleh baik ker doktor?

Doktor : Insyallah.....

TIADA APA HANYA CHAHAYE

Assalamualaikum..hi guy,
Sebenarnya aku ada satu cite nak story tapi tak tahulah nak cita macam mana. Susah sangat nak mula, cita berkaitan antara hidup dan mati. Aku masih tercari-cari lagi, perkataan dan kata-kata yang paling sesuai dan yang terbaik untuk aku tulis kan dalam post aku. Jadi entry kali nie, tak ada isi. Just aku share satu dua lagu untuk memuaskan halwa telinga anda. Kalau tak best dan tidak memenuhi selera anda, ku pohon kemaafan.







Sesape yang minat tengok vampire diaries, bagi aku nie lah antara part paling best. Click Best





JAGA-JAGA DENGAN PANTULAN CHAHAYE TIRUAN

Assalamualaikum,

hi guy, arinie ada post baru. Post kali lebih kepada pemberian amaran.
Okay, 1st beware of acid splasher yang ada berkeliaran di lembah Klang. To be honest, aku pun tak paham kenapa dan apakah motif buat hal macam tu. Silap hari kalau dapat tangkap suspek utama yang buat kerja bukan-bukan tu comfirm tak hidup amanlah. Hahaha Apa-apa pun hati-hati dan sila bagi maklumat kepada pihak berkuasa jika anda maklumat tentang mereka yang terlibat, okay.

Yang ke-2 nya, beware of fake Rimza. Nie kes bukan main-main okay. Baru dua tiga hari lepas, adalah sorang awek comot-comot cute sorang nie tegur aku dekat chat box fb. Kebetulan plak, time tu aku on line, eceh-eceh nak jadikan cite kan. Tiba-tiba, dia mintak maap sebab tak dapat reply sms semalam sebab kehabisan credit. Eh, apahal awek comot-comot cute nie kan, bercinta ngan aku ke apa Hahaha. Pada mulanya aku ingat gurl nie salah hantar msg ke atau salah nak tegur orang dekat fb ker apa. Aku pun cakap la, salah orang nie kut. Then, dia pun cakap salah orang lah jugak kut. But after that, dia pun bukak lah story yang ada orang hantar sms dekat dia petang semalamnya mengaku as Rimza. Amboi-amboi, sedapnya ko guna nama aku kan. Kalau nak ngorat anak dara orang pun berani lah skit dari gunakan nama aku.

Yang aku peliknya, hensem sangat ke aku sampai ada orang nak fake kan diri aku nie. Apa motif?? Mungkin spesis acid splasher jugak kut hehehe Lepas nie aku tak tau la kan kalau ada fake profile fb, twitter dll ker yang guna gambar dan nama aku. Dekat bawah nie aku share kan skit print screen perbualan kami.





Okay, part yang paling best skali adalah... adalah...Tada!!!! aku rasa aku takda pun number dak perempuan nie dalam handset rusak aku nie. Tu dia paling best skali. Kalau dah aku sendiri tak ada number dia camna plak aku nak msg dia kan. Haish, macam-macam hal. Tapi takpa lah, yang penting aku nak tinggalkan pesan, berhati-hati dengan acid splasher dan fake Rimza. In case, jika ada sesape yang penah berlaku kes macam nie, atau akan berlaku dekat anda sila bagitau saya cepat-cepat. Jika kes berat dan melarat, marilah kita sama-sama buat laporan polis okay. Apa-apa hal, please bagitau aku dulu. Jangan tetiba polis angkut aku terus ke balai dah la kan. Hahaha
Last skali, buat awek comot-comot cute tu, kalau saya nak mengorat awak. Saya macho jer cakap terus, apa barang takut-takutkan hahaha (poyo seyh statement aku nie). Jumpa lagi dalam post akan datang. Assalamualaikum.

P/S : selain Rimza aku juga dikenali sebagai David Bechkam dan Justin Biebier Hahahaha Just Kidding! ;)

ADA CHAHAYE TAK ADA CHAHAYE ADA CHAHAYE TAK ADA CHAHAYE

Assalamualaikum,

Hi guys, post kali nak cite pasal sedih skit,
sorry cite sedih lagi.

Okay, kejadian nie berlaku dalam minggu lepas. Masa aku nak pergi kerja. Orait, macam biasa la, mood nak pergi kerja dekat tempat yang sangat tak selesa tu memang tak ada langsung.
Pengangkutan yang digunakan, tidak lain tidak bukan adalah pengangkutan awam dan aku duduk dekat bahagian belakang (kerusi sebelum bahagian belakang sekali).

Tiba-tiba, aku kedengaran bunyi hanset. Aku toleh belakang, tiada orang. Okay, aku toleh talipon aku, takkanlah berbunyi. Setahu aku, phone aku mane ada bunyi dan dah lama sangat rosak. Nak baiki memang tak mampu lah. Aku nie bukanlah tak ada hati nak ada handset mahal-mahal. Malahan, teringin sangat la nak ada android phone dari Sonny Ericson yang mahal gedabak dah nak sama harga dengan Ipad2.

Orait, sambung cite. Lepas dengar bunyi phone tu. Aku pun ingat orang sebelah-sebelah la kut. Tak pun orang dalam bas nie. Saper-saper la, jangan tanya aku. Tapi tak reti nak hangkat ke phone tu annoying la plak kan. Last-last, hati aku terdetik nak tengok dekat tempat duduk belakang. Tu dia, hanset LG sebijik.

Ntah macam mana, dalam aku dalam serabut kehidupan. Terdetik plak hati aku nak ambik handset tu, tuk dijual. Boleh juga cover duit mana yang tak cukup. Kalau tak jual pun, boleh jugakkan buat pakai. Dari aku pakai handset takde kaler dan dah tak berbunyi lagi nie. Baik aku pakai handset nie, lagi bergaya dan menawan hati-hati para wanita.

Pada masa yang sama jugak, hati aku terdetik. Takkanlah, aku sampai berharap sangat dengan barang yang aku jumpa, takat jumpa handset sepatutnya tak perlulah nak jual benda nie dan nak guna duit dari hasil jualannya untuk support plak kos kehidupan aku. Takkan lah!. Aku admit, kerja aku gaji takda lah cukup makan pun. Handset aku rosak, kenderaan pun dah takda. Tapi sepatutnya orang yang usia macam aku dah mampu tuk beli handset mahal guna duit poket sendiri. Bukan takat beli handset jer, malahan beli kenderaan sendiri pun. Aku rasa amat terhina time tu. Kenapalah hidup aku sampai macam nie sekali.

Tak tau nak cakap macam mana, dari aku hidup lagi bertambah hina dari keadaan sekarang nie. Baik aku pilih hidup yang hina jer dari yang lebih hina. Jadi aku pilih tuk pulangkan balik handset nie dekat owner dia. Aku angkat phone, dan suruh orang tu datang amik dekat pejabat tempat aku berkerja. End of the story.

A SECOND CHANCE OF LIFE "N" COME BACK WITH CHAHAYE

Assalamualaikum,

hi guys, quest what??my lappy back to life again. Honestly, i dunno how much time left for him. According to the shopkeeper, my lappy will not have much time before he will back to death again. Actually,there are no way to fix my lappy problem. The problem happened since my lappy born in factory. But I hope he will survive for long time coz i miss him so much.

Since, my lappy was death. I resemble myself a new pc. Instead, i do put my pc a same name as my lappy name. Now, the problem has come when my lappy back for his second life. Then, I need to rename my lappy name. How to setup home network if u have same computer with the same name, right. Suddenly, something across in my mind. I makes a decision to choose my lappy new name right after that ( wow, really fast did i think of something hehehe ) I choose "Rimzix".

In the nut shell, my lappy name is rimzix-pc and my pc name is rimza-pc. Okay guy, see ya in the next post. I feel very sleepy right now and very tire. bye bye.

P/S : i hope i can afford to buy an ipad2 to replace Rimzix before he will die again soon.


MORNING CHAHAYE LIKE SOUND WAVIN SONG

Assalamualaikum & hi,

Once again i would like to apologize for the previous pathetic post in my blog. I will try not to tell the pathetic story again. I think, quite for age that i didn't share song. In this post I would like to share with you guy, my favorite Teaddy Bear song. What!! There are no such song in this world yeeww.???
Hahaha the answer is yes. There are Teaddy Bear songs in this world. I think the famous Teaddy Bear song is sing by Elvis Presley.

Okay, here, i would like to introduce you with the Teaddy Bear Song ;)

1st Teaddy bear song, titled Teaddy Bear Song originally sing by Sandra (I believe hehehe)


Secondly, Teaddy Bear song is Teaddy Bears Picnic ;)


Last but not least, my favorite Teaddy Bear Song which sing by Elvis Presley ;)

I love to sing "I don't wanna be a tiger, Cause tigers play too rough, I don't wanna be a lion, Cause lions aint the kind,You love enoughhhh~" part ;)

I hope everybody enjoy the song that I shared. See ya again in next post, Insyallah. ;)



THE WIND CAN'T BLOW CHAHAYE

Assalamualaikum & hi,

It been for age that i didn't up date my blog. Very sorry for that. There a reason why i didn't up date my blog. Actually, there are no story that i want to tell the world except about my pathetic life. I think it quite boring anyway to tell the world about how you survive in this world or itz only happened to me.

Sometimes there are no proper explanation about what happened to me. I do not know either why this happened and itz seems non stop, now and then. Have ever you fell into sickness?? It is normal for normal people to fall into sickness, sometimes you will get caught in fever, cool, cough etc. But it quite different for me. I got sick over and over again. I do not know why this happened to me. Now i having problem where i fell bitter in my tongue. I don't feel want to eat anything or everything. Because of this matter, i have been struggle to deal with my gastric epic problem all this time.

Other than that, there are also some situation where i do not know how to explain. For me, i just has something to say "Hari ini mungkin aku lemah. Engkau hantarkan aku sengsara dan engkau ambil benda yang aku paling sayang. Ingat, kita boleh jumpa dekat padang masyhar nanti".

Sorry guy, another pathetic story of my life again. Next time, i will try to share with you something that fun or something are not pathetic again. See you in next entry. Thank you, Assalamualaikum.

WHEN THE TIME PAST BY, CAN YOU SEE THE CHAHAYE?

Everything just past by, my convocation, my birthday, and everything neither big or small thing just past by in my life. The new year will coming out soon, but the Awal Muharam just past by...

Nothing change in my life lately, the statistic of life's graph show the slope just become worst. The pressure and happiness just drop into the critical zone. I almost forgot how to make a genuine smile. Everything i do, just another mistake for me. Did you believe in Allah words?Does he never lie? I heard something that when a man reach out the age of 25year old. That will be happier age and the richest year for him. What about me? I don't see any good of them will come out and met me. I feel depress, lost, empty, lonely and convict to myself. What a perfect world can i contribute when every single step i make just another mistake of my life.

Now, I do less talking and every single word that i said, it just meanness word to be heard. Some peoples said let it be and just let it be. But it eat from inside. How can you deal with it? Tell me the way. I just need a break from my life. I need a path to follow because I'm already lost. I need that spirit once again and I need something that call a LIFE.

ASK CHAHAYE?

Hi guy,

I got something for you. Now you can ask me anything in formspring. It is a website which allow you to ask anything to someone whom you know or don't. Since, today my birthday, I give myself a present the formspring.me account http://www.formspring.me/rimza See ya!

THE CHAHAYE THAT UNEXPLAINABLE

My life just get more miserable. I do felt down and depressing. There are something that really unexplainable happened in my life. Something that I never expecting will happened. I just need a new momentum to start my life back. Sometime, I think, I need go to the place that I really wanted to be. But I need someone to be there for/with me. [16 : 41]

BILA TIADA LAGI CHAHAYE

Sorry guy, lama sangat dah tak update blog. Punca utama, tempat tinggal dulu tiada perkhimatan internet. Okay,nak cita apa dulu eh..let's cita pasal gaji.

Sintuasi : 25hb October (waktu standard orang keluar gaji dan beratur panjang dekat bank)


Aku : (sedang beratur nak cucuk duit)

Pegawai CIMB Bank : Adik,nak daftar untuk cimbclick kami bagi hadiah. Daftar je tak nak guna pun tak apa.

Aku : Boleh juga (sambil tengok patung ala-ala paul si sotong yang dah mati)

Pegawai CIMB Bank : Gaji keluar dekat bank lain eh (sambil tengok balance bank aku)

Aku : HAHAHAHA (gelak besar sambil berkata dalam hati, nie lah gaji aku)

Pegawai CIMB Bank : eh adik dah buat la. Maap yer.

Aku : Okay, tak apa ( terus beredar)

Lima minit kemudian, rasa sedih mula memilu dalam hati. Sikitnya gaji aku sampai orang lain ingat gaji aku keluar dekat bank lain. No wonder lah, tak mampu untuk beli apa-apa atau buat apa-apa event belum abis bulan dah tak makan.

SOAL PERJUANGAN AGAR CHAHAYE BERSINAR

Empat tahun skali, itu dia world cup..rasanya aku nie dah kene world cup fever..rindu ngan kawan-kawan yang lepak same2 tgk world cup..kongsi-kongsi maklumat tentang bola dan ilmu tentang bola..tapi world cup kali nie aku dekat shah alam..mencari kerja..

Tapi kisah tak kisah, yang penting world cup..pertama kali dibuat dekat benua afrika..semua pasukan hebat-hebat dan tak kurang misterinya pasukan korea utara..amboi2,sampai training pn xleh ader media..xpe,kita tengok apa hangpa nak buatkan..cakap pasal bola,baru-baru nie aku ditugaskan tuk scouting liga tempatan..nie la first time,omputeh bagi tugas dekat aku untuk scouting liga tempatan malaysia kita nie..bukan senang nak dapatkan kepercayaan dari diorg nie..dulu skit punya racist bila tau yang aku nie bukan dari kalangan diorg..sekarang alhamdulillah,diorg mintak tolong aku plak tuk scouting bola liga tempatan malaysia..sempat jugak aku tolong seorang dari indonesia, tuk jadi scouting liga indonesia..alhamdullilah, recommendation yg aku buat diorg dengar..walaupun aku baru je dilantik..tapi budak indonesia nie pn bukan calang-calang orang jugak..artikal dier penah keluar di dalam salah sebuah tabloid dekat negara beliau..




Apa-apa pun aku nak tengok macam mana berkerjasama dengan omputeh plak..yang penting pengalaman kan..lagipun dah lama aku berjuang untuk dapatkan acknowledgment mcm nie..eh eh korang semua dah dengar belum lagu tema world cup 2010..kene dengar, sebab lagu tema world cup kali nie salah satu yang special pasal world cup kali nie..

Korang tau ke ape yang special sangat dengan lagu tu..tuan rumah afrika selatan kali ini, sempat menyelitkan nilai-nilai murni iaitu tentang perjuangan apa yang mereka lalui dalam lagu tema diorg..kalau hayati betul-betul leh meleleh air mata dengar lagu nie..mereka jujur dalam berbicara soal perjuangan..diorg cakap apa yang diorg lalui dan diorg sampaikan pada dunia melalui peluang yang ada nie iaitu world cup..mana tak nya satu dunia tengah tumpu pada mereka..nie la time nya untuk bagitau dunia..tak perlu jaga hati siapa-siapa walaupun golongan elite dan politik atasan afrika selatan nie omputeh..yang penting perjuangan mereka..peluang once in life time..okay la, pada yang siapa-siapa belum dengar lagu tema world cup leh la tgk dekat bawah nie..lirik pun skali ada click je lagi..(sorry vidz nie trkeluar skit dari template)








LIRIK


P/S : i just wonder la klu malaysia yang jadi tuan rumah world cup..apa nilai-nilai murni yang kita nak selitkan??? adakah kita akan tulus dalam kata-kata perjuangan kita untuk bagi tahu dunia macam orang afrika selatan..atau kita akan selitkan onie malaysia hehehe tat funny ;P

CHAHAYE DARI SCREEN LAPTOP

Actually, laptop aku dh rusak..biasa lah..klu rusak mesti sebab mobo atau pun lebih mesra dikenali sebagai motherboard..mane tak nye..bukan laptop ader motherboard je ke hehehe

ada baik dan buruknya bila laptop nie rusak..mari kita tengok apakah dia..

Kebaikan :
1. Mengurangkan workaholic aku yang tak berhenti-henti buat keje depan laptop.
2. Boleh beri tumpuan kepada piala dunia.
3. Start baca buku-buku yang dah lama nak sentuh tetapi tak sentuh.

Keburukan :
1. Takde laptop time macam nie memang susah, macam mana nak cari kerja. Nak hantar resume semua, nak tengok kalau-kalau ada vacancy dekat mana-mana.
2. Kalau orang panggil interview by e-mail pn tak guna juga, sebab tidak tahu.
3. Projek baru tergendala, ingat lepas study boleh la nak buat blog baru, kongsi-kongsi apa yang patut dekat masyarakat.
4. Kurang daya saing, bila dah kurang ilmu masuk maka kurang daya saing la jugak.I miss a lot of things.
5. Rugi je bayar bill internet dekat umah kalau tak pakai.
6. Hidup jadi mati habis, mana tak nya, handphone rosak, moto raod tax mati dan aku betul-betul dah tak ada harta...OMG..

Apa-apa pun aku harap, aku adalah laptop atau komputer..sebab utamanya..aku nak carik kerja..mau carik rezeki..zaman nie, resume by pos dah tak digalakkan sangat dah by company..yela kan, ada tempat nak simpan kertas-kertas tu semua..tambahan pula vacancy pn by internet juga..

MENGUKIR CHAHAYE KECANTEKAN

Thanks dan bersyukur sebanyak-banyaknya kepada Allah S.W.T..thanks kerana telah mengurniakan dan ketemukan aku nie kawan-kawan yang baik-baik..tidak berhenti memberi nasihat, padangan dan penambah baikan..especially, kepada reader blog nie dan memberi komen-komen yang bernas sekali..cik coco echie, cik lemon, budak-budak forum, kawan-kawan hang out, kengkawan kelas, kawan alam maya dan banyak lagi la yang baik-baik..hehehe

Cakap pasal kawan, bagi aku kawan yang baik adalah kawan yang sentiasa memberi nasihat..ada orang punyai kawan yang sentiasa menyokong apa jua benda yang kita buat..tetapi sempurna sangat kah kita???atau bagaimana jika apa yang kita lakukan itu adalah salah..dengan erti kata lain..kawan nie mengampu je keje dia..buat kita hapi dan ada bila kita nie hapi..

bagi aku, kawan yang baik tidak semestinya kawan yang tidak masuk lokap adalah baik..kawan yang tidak buat jenayah adalah baik..macam mana jika kita ada kawan tetapi tidak pernah menegur atau memberi nasihat kepada kita atau sekurang-kurangnya memberi buah fikir untuk kita??? sesuatu yang perlu kita fikirkan

dulu-dulu penah juga, ada kawan-kawan yang tikam menikam..yang aku peliknya, semua orang tikam sama sendiri..elok pulak tu diorang berkawan dalam keadaan macam tu je..tapi semua tu dah lepas..alhamdulillah..

aku harap kawan-kawan aku yang baik-baik nie..juga dikeliling oleh kawan-kawan yang baik-baik juga..aku juga berharap la..dalam masa hadapan kita semua tidak bertemu dengan kawan-kawan yang tidak baik, tikam menikam, berpura-pura dan hanya sekadar kawan atas pada nama..semoga kita sentiasa berada dibawah payung rahmahNya,amin.

by the way, tau tak beza antara friend and companion??

DI SEBALIK CHAHAYE

Maap kerana sudah lama tidak up date blog nie..maap juga kerana sudah berhutang entry..kesibukan sem akhir memang tiada bandingannya..bila abis sem..laptop pula rosak..maka, tiada la entry tuk blog selama nie..walaupun ada benda yang hendak dituliskan..

Entry kali ini, aku akan menceritakan pekara sebenarnya..dah janji nak bagitau..xbaik biarkan ianya jadi hutang..

Actually,selama nie..aku sakit..secara jelasnya xtau sakit apa..mungkin secara ringkasnya sakit perut atau sakit gastrik..bukan senang nak cakap dengan orang kita tentang sakit nie..orang hanya tahu kita sakit tetapi tidak tahu rasa sakit yang bagaimana..tambahan hampir semua rakyat malaysia akan sakit gastrik bila tiba bulan ramadhan dan sakit perut bila nak carik mc bila nak poteng kerja..jadi, mostly mereka akan stereotype kan sakit aku nie dengan sakit mereka..

Banyak kali dah pergi jumpa doktor..kadang-kadang ada juga salah tasfir sakit apa..tetapi tidak pernah pula aku jumpa doktor yang kurang ajar seperti mengatakan "aku bukan ahli nujum..mana tau kau sakit apa?" tak kisahlah kan..doktor ke lawyer ke tukang angkat sampah ke tetapi janganlah kurang ajar sangat dengan memandang enteng tetang orang lain bila kita merujuk kepada diri mereka..pepatah melayu ada berkata "semakin berisi padi, semakin tunduk ke bumi"..mulianya..

Kembali kepada cerita asal, sakit yang aku alami nie..agak teruk juga..ubat terbaik aku adalah makan..makan je yang dapat meredakan sakit nie tuk seketika..tetapi tuhan bagi uji kat aku bukan sampai tahap tu je..kadang-kadang lepas makan pun masih rasa sakit..bangun pagi rasa sakit, pergi kelas rasa sakit, malam hari rasa sakit..kesemua masa rasa sakit..

Dalam sedar tak sedar, bentuk badan aku berubah mendadak..semakin hari semakin berisi..tetapi tidak pada semua bahagian, mungkin tanda yang aku nie sakit..secara jujurnya aku rasa tidak selesa, kerana bukan hanya membawa perut yang besar tetapi juga membawa kesakitan ke sana sini..rasa nya tidak ubah seperti membawa sebuah beg yang berat penuh dengan kesakitan..seperti bom jangka yang aku sendiri tidak tahu bila akan menghancurkan diri aku sendiri..seketika aku tak rasa ianya sebahagian dari diri aku..seketika ianya merunsingkan diri aku..mungkin orang tak akan paham apa yang aku katakan..bayangkan kalau kita tidak rasa selesa kerana ada tangan..sepatutnya manusia selesa dengan adanya tangan..logiknya, semua orang selesa dengan diri masing-masing..tidak bagi aku..

Aku sedih bila dapat tahu..orang yang rapat dengan aku terasa bila orang bercakap buruk belakang tentang diri aku..sangat paham dengan perasaan yang dia alami..itu baru belakang, depan-depan??penah ada orang kata aku minum arak sebab itu perut buncit..berapa banyak arak dah aku minum??..bukan takat tu je..ada lagi tohmahan lain juga aku hadapi..bagi aku, kalau tuhan nak tukarkan sakit ini dekat diorg nie..aku tak rasa diorg dapat pikul macam mana aku pikul sekarang..

Aku rasa..aku dah banyak berubah sejak sakit nie datang..bukan senang hendak mengukir senyuman dalam sakit..bukan senang hendak gelak ketawa dalam sakit..bukan senang nak buat lawak dalam sakit..bukan senang hendak buat orang gembira dalam sakit..bukan senang nak belajar dan jawap exam dalam sakit..bukan senang nak handle pressure dalam sakit..bukan senang hendak berfikir secara rasional dalam sakit..bukan senang hendak memikul beban dalam sakit..bukan senang hendak menjalani kehidupan seperti orang lain dalam keadaan sakit..

Aku harap sakit ini akan pergi tak lama lagi..aku sentiasa mencari jalan keluar dari kesakitan ini kerna aku tak mahu lagi rasa sakit dan aku tidak mahu orang lainpun sakit kerana aku saki..dan aku juga dah hampir lupa bagaimana rasanya menjalani kehidupan seperti orang lain tanpa ada rasa sakit......

MAULIDUR RASUL CHAHAYE KEBERKATAN

hi..hallo..how are u..hehehe dh mcm abg kassim plak..

dh lame xberblogging..sibuk..busy..ngan xde mase..same je semua nye hehehe

actually,memang sgt bz..bkn takat tu je..mcm2 hal pn berlaku..cume nk bgtau..aku ader projek baru..name projek nie.."fat rat lab"..projek nie maybe mkn bulan2 tuk siap kan..kene ader byk commitment dan displin yg tinggi..aku arap projek nie akan berjaye la..

pengumpulan data telah bermula..bile tgk xsanggup oooo..boleh mati tgk data mcm nie..tp xpe..demi mase depan yg cerah..klu x nk berubah..sape nk tolong ubahkan..btul x..

skrg tgh tunggu lg tuk pengumpulan data kali ke-dua..nk tgk..ader perubahan atau x..arap2 berubah la..sbb projek "fat rat lab" nie dh bermula tuk peringkat awal..nk ckp pasal duit..memang mkn duit skit la..tp aku dh ckp ngan mak aku..malas nk pk psl duit lg dh..i choose health dari wealth kali nie hehehe

tiga ari nie..just rehat2 n take a break..tuk tgk pengumpulan data kali kedua..i try my best! gambatte kudasai~